Netizen dakwa Maria Farida buat sesuatu agar nampak muda, sekali benda ni terdedah

Netizen dakwa Maria Farida buat sesuatu agar nampak muda, sekali benda ni terdedah. Di usia 53 tahun, pelakon, Datin Seri Maria Farida Atienza masih kekal cantik persis anak dara.

Ibu seorang anak ini terpaksa berdepan terlalu banyak pertanyaan. Apa rahsia, bagaimana? Pada usia awal 50-an, dia kekal cantik begitu.

Yang menyedihkan, pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina itu turut menjadi mangsa serangan netizen bermulut jahat. Katanya, hampir setiap hari, dia berdepan dakwaan dan kecaman di media sosial.

Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? Suntik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.

Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kesakitan.

Netizen dakwa Maria Farida buat sesuatu agar nampak muda, sekali benda ni terdedah

“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.

Kata Maria, pada zaman serba moden, setiap wanita mampu memiliki kecantikan asli tanpa perlu melalui prosedur-prosedur yang memb.ahayakan.

“Ada yang kata, mustahil. Apa yang mustahil? Tak perlulah suntikfiller, bedah sana sini, ikut trend. Semua boleh dimiliki tanpa perlu buat muka. Saya suka pada kecantikan asli. Saya boleh tahu, yang buat muka atau tidak. Muka bengkak, dagu panjang, hidung tinggi. Tak cantik,” katanya lagi.

Sepupu pelakon Badrul Muhayat ini bagaimanapun mengakui, tiada yang sempurna. Padanya, dia terima diri dengan seadanya.

Tiada yang sempurna. Ada masa, bila tak bersolek, saya nampak biasa sahaja. Macam pembantu rumah pun ada. Kalau keluar rumah, memanglah kena usaha sedikit. Pakailah make up. Saya ada kurangnya. Tanpa solekan, jelas nampak kedutan, lingkaran hitam bawah mata. Tapi sekarang ada filter di media sosial. Itu rakan baik saya.

“Jadi tak perlu nak bedah itu ini. Kita kena terima. Kecantikan menyerlah seiring usia. Begitu juga kelakuan kita, kena seiring usia. Walaupun aktif di TikTok, ada had yang saya tetapkan,” kongsinya.

Sering melakonkan watak sebagai seorang datin, Maria tidak merasakan dirinya mangsa stereotaip.

Baginya, meskipun sinonim dengan watak tersebut, dia tetap memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan.

“Stereotaip? Nak buat macam mana. Saya suntik perubahan. Walaupun acap kali diberi watak yang sama. Saya terima. Produser atau stesen penyiaran pilih pelakon berdasarkan watak. Kadang memanglah, saya nak bawa watak yang lain. Tapi pada saya, okey sahaja,” katanya

Bila disoal adakah dia masih relevan untuk watak lebih muda, katanya mengapa tidak. Bahkan Maria sebelum ini membuktikan perkara itu.

Kadang, untuk babak imbas kembali, mereka minta saya berlakon juga. Bawa watak lebih muda. Jadi, ya. Saya masih boleh bawa watak muda. Cuma perlu sesuai dengan skripnya, katanya lagi.

Dalam pada itu, Maria mengakui dia bahagia. Di samping suami dan anak. Rahsia bahagia? Hidup sederhana katanya.

“Hidup tak sempurna. Tak ada manusia di dunia ini yang miliki segalanya. Saya gembira. Ada suami dan anak. Kami hidup sederhana. Tapi tetap bahagia.

“Suami tak pernah kongkong saya. Bahkan ingin melihat saya gembira. Buat apa yang saya suka. Saya hargai sokongannya,” jelasnya.

BACA:

Pelancong asing maki staf KLIA, netizen harap Azwan Ali kerja situ

Kenaikan gaji bagi penjawat awam bermula 1 Januari

Dua kerakyatan pula, Baby Shima bikin panas lagi

+ posts