Netizen kecam lelaki teruja selepas sah bercerai

Netizen kecam lelaki teruja selepas sah bercerai

Netizen kecam lelaki teruja selepas sah bercerai. Jika sebelum ini viral video seorang wanita melompat kegembiraan selepas sah cerai, kini giliran seorang lelaki pula membuat perkara yang sama selepas keluar dari Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan.

‘Happy’ dah bercerai

Video yang dimuat naik oleh Ray RS Master di TikTok itu memaparkan melangkah keluar sambil memegang sekeping fail. Apa yang menarik menarik ramai ialah reaksi spontan lelaki tersebut yang seakan sudah lama memendam rasa untuk meluahkan rasa gembira setelah berpisah.

Ujarnya, tindakan itu dibuat selepas lebih 11 tahun dia mempertahankan rumah tangga sehingga sudah tidak merasakan apa-apa.

Yang berada dalam kasut saya je tahu betapa susahnya nak sampai ke tahap ini. Kuatnya orang yang bersabar.

Netizen kecam lelaki teruja selepas sah bercerai

Alhamdulillah tak rasa apa dah setelah 11 tahun bersabar semua ini. Tak nak masa lalu berulang lagi bila tergesa-gesa.

Disebabkan keriangannya itu, ada segelintir netizen yang menasihatkan agar lelaki terbabit tidak lupa mengenai soal nafkah kepada anak-anak.

Anak yang kecil kita ambil jaga. Jangan risau InsyaAllah kita buat yang terbaik untuk anak-anak. Doa yang baik-baik je.

Video penuh

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

@rsraymaster001 🐊 Jalan terus #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #official ♬ original sound – Fasha_Ariana_Official

BACA:

Fazura zahir rasa terharu atas kurniaan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri

Serbuan bengkel motor dibuat secara rambang, jangan babitkan isu bangsa

Selepas dihentam sebab ‘sokong’ baju ketat Janna Nick, ini jawapan padu Riena Diana kepada netizen