Netizen perasan satu perubahan pada Janna Nick

Netizen perasan satu perubahan pada Janna Nick. Pelakon Janna Nick sebelum ini mengejutkan ramai orang apabila memuat naik status sudah ‘single’ selain sudah tidak lagi mengikuti Instagram (IG) aktor, Dini Schatzmann. Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Janna memuat naik satu hantaran seakan menepis dakwaan yang mengatakan kisah putus cinta dengan Dini hanya gimik semata.

Jika ia memusnahkan kamu, itu bukan cinta.
Dalam hantaran tersebut, Janna tampil bersama imej baharu dengan rambutnya berwarna ungu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Janna menukar warna rambut atau sekadar memakai ‘wig’ (rambut palsu).

Sementara itu, aktres berumur 27 tahun difahamkan sedang berada di Itali sekarang ini.

Netizen perasan satu perubahan pada Janna Nick

Di Instagram Stories, pemilik nama Nurul Jannah Muner menyatakan pemergian untuk merawat luka itu tidak ditemani sesiapa, hanya seorang diri.

Hanya saya, sendirian. Perjalanan solo hingga saya mati. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut. Video yang memaparkan ruang bilik hotel itu berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I yang dinyanyikan Bebe Rexha.

Terdahulu, Janna dan Dini memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku. Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat dan pengikutnya dimedia sosial apabila memuat naik status di Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungan cintanya bersama pelakon, Dini Schatzmann telahpun berkahir.

Malah, menerusi tinjauan XTRA di ruangan media sosialnya itu, Janna juga kelihatan menutup ruangan komennya. Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal ini juga turut memuat naik sebuah video di TikTok berdurasi 25 saat memaparkan dirinya sedang menjamu selera.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah tulisan pada paparan skrin berkenaan yang dilihat menguatkan lagi kenyataan mengenai status hubungannya bersama aktor berkenaan.

“Janna, 27 tahun, single, tak suka buka packaging sambal,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktres berkenaan terkejut dengan status terkini Janna namun ada juga yang mendakwa ia hanyalah sekadar kontent semata-mata.

Untuk rekod, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, dan Dini Azan Schatzmann,28, telah menjalinkan hubungan cinta sejak 2019 lagi apabila kedua-duanya terlibat dalam drama rantaian berjudul Bukan Cinta Aku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

BACA:

53 plastik beg penuh dengan mayat manusia ditemui

Disokong Raja-Raja Melayu, Agong umum Anwar PM ke-10

Gangguan Seksual : Penceramah bebas didakwa di mahkamah

+ posts