Netizen pertikai harga minyak masak Singapura lebih rendah dari Malaysia.Minyak masak di Singapura dikatakan lagi murah dari Malaysia apatah lagi terkenal sebagai negara pengeluar minyak di dunia. Di mana silapnya? soal netizen.
Selepas kerajaan menarik balik subsidi minyak masak berbotol akhir Jun baru-baru ini harga minyak naik mendadak dilaporkan naik lebih RM42 berbanding di Singapura yang bukan negara pengeluar minyak hanya RM35.33 untuk 5 kilogram.
Terkini tular harga minyak masak di Singapura, menyebabkan rakyat negara ini mempersoalkan mengapa negara yang susah nak jumpa pokok kelapa sawit boleh jual minyak lagi murah dari Malaysia.
Minyak masak Singapura lagi murah dari Malaysia, di mana silapnya? soal netizen
“Tapi mereka jual minyak lagi murah daripada negara kita yang mempunyai kelapa sawit juga antara pengeluar minyak masak dunia,” soal netizen.
Moza Rella Mza juga mengulas perkara ini katanya, jika minyak masak Singapura kalau di ‘convert’ ke dollar Singapura baru RM 35.33 berbanding minyak masak negara kita RM42 untuk 5 kilogram.
“Alhamdulilah angka kita lagi tinggi dari Singapura walupun sawit kita terbesar seantereo dunia, entah mana silapnya?
“Takkan DAP juga yang salah? soal beliau.
BACA:
Minyak masak bersubsidi dari Malaysia penuhi pasaran di Golok
Mat Kilau dan 35mm boleh laku sedang filem lain tak laku, ini mungkin sebabnya