Bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa tempat kini dalam keadaan yang membimbangkan. Malah, rakyat ketika ini bersatu hati menghulurkan bantuan untuk mereka yang terjejas.
Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan majlis persandingan pasangan pengantin di Meru, Klang terpaksa dibatalkan berikutan venue majlis itu dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.
Kita semua doakan kedua pengantin dan keluarga mereka di panjangkan umur di berkati amalan nya di murahkan rezeki sampai bila bila. π€²π» pic.twitter.com/a5SXg7D6vA
β f ποΈβ€ ck (@facktura) December 19, 2021
Omg I dah viral hahahaha π at first pengantin nak teruskan majlis from 1000 to 300pax. Last last semua stranded, then we both pihak decided apa kata 300pax tu bagi orang makan dkt pusat pemindahan. Alhamduillah semua setuju nak sedekah π₯° semua dapat makan ππ₯Ί https://t.co/jFEEFg45R5
β Erin β¨ (@rynsuhaimi) December 19, 2021
BACA JUGA :Β Terkini !!! Caj pengeluaran RM 1 mesin ATM dikuatkuasa menjelang 2022
Menarik perhatian netizen apabila pasangan pengantin dan keluarga sebulat suara memberikan makanan ketika majlis tersebut kepada para mangsa banjir yang berada di situ. Difahamkan, jemputan pengantin seramai seribu tetapi dikurangkan kepada 300 orang lalu disebabkan terkandas di situ maka makanan diagihkan kepada para mangsa.
Rata-rata netizen berasa terharu kerana pengantin tersebut sanggup berkongsi rezeki dengan para mangsa. Malah, para netizen turut mendoakan perkahwinan mereka diberkati dan berharap selepas bencana ini berakhir majlis persandingan mereka dapat dilaksanakan.
Just saw a wholesome tiktok where a wedding supposed to happen today dekat Meru, Klang but the pengantin n family n caterers ramai2 bagi makanan kepada mangsa at PPS banjir instead. Sangat2 la berkat kenduri pengantin aminnnn.
β Ψ§Ω ΩΨ±ΩΩ ΩΨ§Ψ±ΩΨΈ ΨΉΨ²Ω Ω π²πΎπ΅πΈπ΄ (@AmirulFareezA) December 19, 2021
amiiin amiin amiin!!!!!!! i hate weddings, but not this one!!!! thank God for this couple/family/catering here…. God bless you all !!!!! https://t.co/4WPDjJJZ7Q
β SPRAYED BY WINNER (@ygtbtv) December 20, 2021
A humble honest and sincere niat way to start a marriage. Kudos to the bride&groom and family. https://t.co/HtHKkc9FKO
β sa (@shireenma) December 20, 2021
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga berharap pasangan tersebut akan bahagia selalu dan memuji tindakan pasangan pengantin tersebut. Misi menyelamat kini masih giat dijalankan dan diharap bantuan akan segera sampai kepada mereka yang terperangkap.