Netizen terhibur lihat video koleksi artis popular ‘terkucil’ waktu nyanyi, part Awie paling syok.Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh salah seorang netizen mengenai beberapa artis yang pernah terkucil ketika menyanyikan lagu di pentas.
Perkongsian yang dikongsikan tersebut benar benar mengejutkan para peminat kerana berikut merupaka para artis yang legend dan digemari ramai. Namun mengikut sumber, para artis tersebut terkucil tanpa sengaja dan ada yang sedang sakit pada ketika itu.
Mengikut klip tersebut para netizen terkejut melihat artis yang berada di minit akhir rakaman dan dikatakan bukan terkucil,namun sudah mula sumbang.
Berikutan itu para artis yang terkucil ketika menyanyi termasuklah M. Nasir, Awie, Mila,Anuar Zain dan Asad Motawh. Mengikut apa yang dikatakan peminat, punca Awie pernah terkucil pada ketika itu kerana beliau baru selesai melakukan pembedahan dan pada ketika itu beliau perlu menyanyikan lagu ‘Penjara Janji’ yang sememangnya harus mempunyai not yang tinggi untuk menyanyikan lagu tersebut.
Namun kelebihan Anuar Zain dalam cuba menutupi nyanyian beliau yang terkucil itu membuatkan para netizen memberi pelbagai pujian kerana menampakkan beliau merupakan seorang penyanyi yang profesional. Dapat kelihatan juga M.Nasir yang pernah terkucil itu membuatkan ramai terhibur kerana sangat melucukan.
Rakaman penuh boleh ditonton di bawah:
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Asif dan Yoe hanya mahu berlakon dengan Syahmi, ini sebabnya…
Ini tarikh dan jumlah bayaran BKM fasa 2, semak sekarang
Ini cara nak tahu durian sedap berlemak, tak menyesal punya