NGO desak tindakan diambil terhadap rokok dan vape, ini puncanya

NGO desak tindakan diambil terhadap rokok dan vape, ini puncanya. Kalau korang nak tahu, kerajaan telah membelanjakan RM2.92 bilion pada tahun 2004 bagi merawat tiga penyakit utama yang berkaitan dengan kanser paru-paru.

Dalam diam ramai yang dah menjadi mangsa akibat penggunaan rokok, vape dan pods yang semakin popular dalam kalangan anak-anak remaja.

Kos ini terus meningkat kepada RM6.21 bilion pada tahun 2020 dan ianya dijangka akan terus meningkat kepada RM8.77 bilion pada tahun 2030.

Jumlah ini jauh berbeza dengan hasil kutipan cukai tembakau yang berjumlah RM 2.97 bilion pada tahun 2020.

Melihat kepada pertambahan kos yang semakin meningkat dan kesihatan rakyat terutamanya golongan muda semakin terjejas, NGO berharap tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh ahli parlimen bagi mengelakkan penularan penggunaan rokok, vape dan pods.

NGO desak tindakan diambil terhadap rokok dan vape, ini puncanya

Sehingga kini dianggarkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas adalah perokok. Bayangkanlah, trend ini semakin meningkat dan tidak menunjukkan sebarang penurunan sejak tahun 2016. Tak ke membimbangkan tu?

Kongsi pandangan dan respon korang terhadap isu ini dengan menjawab soal selidik yang telah disediakan.

Justeru itu, tak hairanlah NGO menggesa tindakan yang sewajarnya diambil melalui pelaksanaan Generational Endgame (GEG) di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 iaitu larangan pembelian, penjualan, pemilikan dan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2005.

BACA:

Tanam sayur keliling rumah jana pendapatan RM4,000 sebulan

Sepohon kelapa semuanya bermanfaat, tukar jadi duit

Wartawan kena kecam kerana minta Tok Ti komen kisah Puteri Sarah

+ posts