Noh Salleh luah rasa rindu dalam persembahan, syahdu…

Noh Salleh luah rasa rindu dalam persembahan, syahdu…”Untuk berada di Zepp dalam masa ini sangat Wow. Antara pengubat duka juga,” kata penyanyi Noh Salleh sebelum mengakhiri persembahannya pada Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi.

Biarpun pada awalnya menerima provokasi dari segelintir penonton, Noh yang tampil sebagai artis kedua persembahan selepas kumpulan Spider tetap tenang beraksi di depan lebih 3,000 peminat yang hadir.

Dia juga bijak berkomunikasi dengan penonton yang sebahagian besar peminat Spider dan XPDC agar dapat menerima persembahannya.

“Saya mohon kepada peminat Spider dan XPDC untuk tetapkan dalam fikiran anda bahawa konsert Noh Salleh tersangat-sangat romantis.

Noh Salleh luah rasa rindu dalam persembahan, syahdu...

“Saya nampak abang (peminat) Spider begini (sambil menggoyangkan) badan. Tapi dia sporting cuma saya nampak abang (peminat) XPDC macam diam,” katanya yang disambut tepukan gemuruh.

Ada ketika peminat wanita mengusiknya apabila melaungkan jeritan ‘i love you’ namun Noh tidak terganggu dan tetap bersahaja meneruskan persembahannya.

Dalam pada itu, pemilihan lagu-lagu nyanyiannya juga seolah-olah menggambarkan perasaan Noh yang kini melalui episod sedih dalam hidupnya.

Lagu yang dinyanyikan ialah Gelung, Bisikan, Renjana, Mr Polia, Biar Seribu, Sang Penikam, Angin Kencang dan Bunga Di Telinga.

Sebaik selesai menyanyikan lagu Renjana, Noh sempat menjelaskan ia ibarat sebuah kerinduan teramat sangat.

“Kepada penganjur, Yolo terima kasih banyak-banyak kerana inilah ruang yang setinggi-tingginya saya hargai sebab tahun ini macam-macam hal,” katanya.

BACA:

Perkauman : Bukit Aman sahkan Hadi disiasat, 28 laporan polis diterima

Zizan kena tegur dengan polis sebab ini… Rupanya tak boleh buat…

+ posts