Notis tarikh permohonan i-Sinar tular

Notis tarikh permohonan i-Sinar tular

Satu notis makluman berhubung tarikh permohonan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 Disember 2020 tular di media sosial hari ini.

Notis itu dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP, namun tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan KWSP berhubung perkara tersebut setakat pagi ini.

KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/02/notis-tarikh-permohonan-i-sinar-tular/

COMMENTS