Nyamuk hilang jika ada 7 jenis pokok ini di halaman rumah

Nyamuk hilang jika ada 7 jenis pokok ini di halaman rumah. 7 Pokok ini wajib tanam di rumah untuk halau nyamuk. Bagi mereka yang kerap menjadi mangsa gigitan nyamuk, sudah tentu anda akan mencari cara untuk menghalau serangga tersebut daripada menggigit diri, betul tak? Apa kata anda cuba kaedah semula jadi dengan menanam pokok halau nyamuk?

Kalau ingin tahu antara jenis pokok yang boleh ditanam bagi menghalau serangga menggigit itu, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

Ada ke pokok halau nyamuk?

Nyamuk seperti makhluk lain, akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup – ini termasuklah tumbuhan tertentu.

Nyamuk hilang jika ada 7 jenis pokok ini di halaman rumah

Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya – hanya betina yang menggigit dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.

Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting. Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman anda pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah.

Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh menghalau nyamuk? Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk.

Umumnya, nyamuk ‘mencari’ mangsa – manusia dan haiwan lain – dengan merasakan haba dan pergerakan tubuh. Ada juga dengan cara ‘menghidu’ karbon dioksida yang dikeluarkan daripada liang-liang pori badan.

Terdapat sesetengah tumbuhan yang mempunyai bauan yang kuat sehingga boleh menutup bau anda dan/atau mengelirukan nyamuk.

Bagi mereka yang mahukan jalan penyelesaian secara semula jadi, tidak mahu menggunakan spray dan tidak mempunyai alahan, sudah pasti tumbuhan penghalau nyamuk ini jawapan terbaik untuk anda!

Pokok halau nyamuk outdoor & indoor

Berikut beberapa jenis pokok yang boleh dijadikan pilihan:

Serai wangi

itronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk menghalau nyamuk semula jadi.

Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah anda.

pokok halau nyamuk

Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar 2 jam – ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat.

Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah anda adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga menggigit ini daripada diri dan keluarga.

Jika anda ingin menanam tumbuhan ini, pastikan ia ditanam di kawasan yang sewajarnya. Ini kerana serai wangi boleh membesar sehingga 6 kaki tinggi dan 6 kaki lebar.

Tetapi jangan tersalah serai pula ya. Serai yang biasa digunakan dalam masakan itu berbeza dengan serai wangi.

Nama botani serai masakan itu adalah Cymbopogon citratus atau lemongrass – boleh juga digunakan untuk menghalau nyamuk, namun tidak sehebat serai wangi.

Pudina, antara pokok halau nyamuk indoor

Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina.

Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk menghalau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gigitan nyamuk yang gatal.

Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga menggigit ini.

Pokok halau nyamuk outdoor #Lavender

Aroma lavender membantu menghalang nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara 6 hingga 8 jam.

Jika anda menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah anda, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.

Berminat untuk menanam lavender? Pastikan jarak antara tanaman kira-kira 2 hingga 3 kaki – bagi membolehkan ia tumbuh dan membiak dengan baik di bawah sinaran matahari.

BACA:

Wajah baru X70 jadi bualan ramai

Gara-gara bayar dengan duit 5 sen, peniaga buang air kopi pelanggan dalam sinki

Ini kaedah sebenar masuk gear parking, jangan sembarangan