Orang putih belajar makan pakai tangan, netizen Malaysia pula kelam kabut. Siapa sangka rupa-rupanya ada yang berminat dengan Malaysia dan ingin belajar budaya masyarakat Melayu seperti makan pakai tangan. Memang tidak dinafikan. kehidupan masyarakat kita sangatlah sopan dalam setiap perkara.
Malah negara kita seringkali dikunjungi oleh mat salleh atau orang barat serta turut dipanggil orang putih. Seperti mana yang heboh di media sosial berkenaan dengan sekumpulan mat salleh yang mengunjungi negeri Terengganu dan menginap di sana beberapa hari.
Apa yang membuatkan orang ramai berasa kagum adalah apabila melihat kesungguhan mereka dalam menyelami kehidupan masyarakat Melayu. Bahkan cara mereka memahami dan menghayati amalan dan cara kehidupan kita di sini cukup luar biasa.
Malah ada juga yang sanggup dan senang hati untuk menikmati makanan kampung seperti budu dan lauk pauk yang lain. Bukan itu sahaja, mereka kelihatan gigih belajar makan pakai tangan.
Gelagat Orang Putih Gigih Cuba Makan Pakai Tangan Raih Perhatian Ramai
Seperti mana video yang dikongsikan oleh Wan aja menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan sekumpulan mat salleh yang makan pakai tangan. Kegigihan mereka wajar dipuji kerana makan pakai tangan bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang tidak biasa.
Memandangkan kehidupan di negara barat makan dengan menggunakan sudu dan amat jarang sekali ada yang makan pakai tangan. Menerusi video tersebut, dapat dilihat salah seorang lelaki mat salleh yang mencuba makan pakai tangan walaupun kelihatan kekok.
Beberapa kali mencuba dan turut diajar oleh rakan-rakannya, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah menyedut dan bukan memasukkan nasi tersebut ke dalam mulut. Walaupun berkali-kali gagal dan tidak menjadi, dia kelihatan tetap berusaha.
Mungkin hanya tinggal dia sahaja lagi yang tidak pandai makan tangan sehinggakan ramai kawan-kawannya yang mengajarkannya. Ekoran itu, gelagat mereka ini telah meraih perhatian ramai.
BACA:
Kajian dapati 94% anak-anak kita terdedah kepada pornografi dalam talian
Neelofa mengeluh sedih tengok orang melayu kita, ini puncanya…
Bantuan BKK dinaikkan RM150, ini cara mohon.. Boleh dapat hingga RM1,000