Orang Sabah dan Sarawak wajib ambil perhatian, kalau tidak anda akan rugi.Indikator H/K di Kad Pengenalan.. H for Sabahan, K for Sarawakian..
đBagi sesiapa yg kahwin campur terutama perkahwinan campur antara Sabahan & Sarawakian perlu baca ni sebab akan bagi kesan sama anak2 kamu..
Di sini saya ingin mengetengahkan isu di mana saya merasakan sangat penting sebab sudah tentunya ramai yang tidak mengetahui tentang isu ini..
Fakta kes : Albert ialah Sabahan & Babra ialah Sarawakian, mereka berdua berkahwin..Babra melahirkan anaknya yang dinamakan Christina di Sarawak dan selepas sahaja melahirkan anaknya itu, mereka balik menetap di Sabah untuk mengikut suaminya itu. Kad Pengenalan Christina mempunyai nombor kod 13 dan indikator K.
đSoalan: Adakah Christina boleh menukar nombor kod 13 & indikator K kepada nombor kod 12 & indikator H?đJawapan: Sepertimana yg semua tahu, Indikator H/K ialah indikator yg menunjukkan seseorang tu adalah anak jati Sabah & Sarawak, manakala nombor kod 12/13 pula hanya menunjukkan tempat di mana seseorang itu dilahirkan.. Berbanding nombor kod 12/13, indikator H/K lebih penting kerana jika anda dilahirkan di Sabah/Sarawak tetapi ibu bapa anda bukanlah rakyat jati Sabah/Sarawak, anda tidak akan mendapat indikator H/K ini di Kad Pengenalan anda..
Indikator H/K ini sgt penting kerana banyak keistimewaan yang anda akan dapat, salah satunya ialah jika anda mempunyai Indikator K di kad pengenalan anda, anda dikecualikan untuk membuat passport/pas lawatan sosial jika anda ingin berkunjung ke Sarawak, dan Indikator H/K juga membolehkan anda dapat menikmati keistimewaan sebagai rakyat jati Sabah/Sarawak seperti bantuan kerajaan negeri, biasiswa negeri dan banyak lagi.
đBerbalik kepada persoalan di atas, Nombor Kod 12/13 TIDAK BOLEH ditukar kerana ianya hanya menunjukkan TEMPAT ANDA DILAHIRKAN manakala Indikator H/K BOLEH DITUKAR dgn syarat salah sorang ibubapa mestilah rakyat jati Sabahan/Sarawakian dan semasa memohon Kad Pengenalan untuk anak anda semasa berumur 12 tahun, anda haruslah memaklumkan kepada Pegawai yang mengurus permohonan Kad Pengenalan agar menukar indikator K kepada indikator H dan sebaliknya. Jika anda tidak memaklumkan kepada Pegawai tersebut untuk menukar indikatorH/K di Kad Pengenalan anak anda, maka mereka hanya akan meletakkan indikator negeri mengikut negeri kelahiran ibu..Sila pilih indikator negeri anak anda dengan menitik beratkan soal di mana dia akan menetap seumur hidupnya…
âĄImplikasi jika anda tidak mengambil berat tentang isu ini ialah, jika anak anda menetap di Sabah tetapi terdapat indikator K di Kad Pengenalan, dia tidak dapat menikmati keistimewaan rakyat jati Sabah & terpaksa memohon Work Permit untuk bekerja di sabah dan begitu juga sebaliknya..
Orang Sabah dan Sarawak wajib ambil perhatian, kalau tidak anda akan rugi
Update
Info tambahan: Kalau mahu tukar Indikator K kepada H atau sebaliknya, isi borang di JPN dan disertakan dengan Salinan KP Ibubapa & pemohon serta Salinan Sijil Lahir Ibubapa & pemohon..After that only pihak JPN buka file untuk permohonan tukar indikator H/K di KP. Perkara ini hanya terpakai bagi mereka yang sudah mempunyai KP & ingin menukar indikator sahaja..
Bagi pemohon yg baru memohon KP, semasa membuat KP, maklumkan pilihan anda iaitu H/K kepada Pegawai yang bertugas..Proses penukaran indikator Ic saya dulu hanya mengambil masa selama 3 minggu.
Info tambahan:
Sabah â 12, 47, 48, 49
Sarawak â 13, 50, 51, 52, 53
Ramai yg bertanya tentang kod 12, 47, 48, 49 (Sabahan) dan kod 13,50,51,52,53 (Sarawakian).
Setahu saya, there is a certain quota for 13/12, maksudnya jika kuota untuk meletakkan kod no 12/13 di KP telah mencapai had, maka sistem komputer akan menggunakan no kod 47, 48, 49 bagi Sabahan dan 50, 51, 52, 53 bagi sarawakian..
Maksudnya maybe pada tahun anda dilahirkan, terlalu banyak kelahiran menyebabkan kuota 12 dan 13 habis digunakan dan sistem komputer akan automatik meletakkan no kod selain no 12/13. Saya bagi contoh bagi negeri Sabah, sekiranya no 12 telah mencapai kuota yg dihadkan, maka sistem komputer akan automatik meletakkan no kod 47, dan jika kod no 47 juga telah mencapai had kuota maka sistem komputer akan menggunakan kod no 48..
đđđđKalau bukan Sarawakian/Sabahan yg datang bawah 90 hari sekadar melawat tidak perlu passport tetapi yg datang melawat/bekerja lebih 90 hari memang perlu buat passport dan permit kerja.
Sekian..
BACA:
Scammer katering âkekasih hatiâ sudah dicekup, rupanya ramai yang sudah kena
âSaya segan nak pikul gelaran ituâ, Noraniza Idris tolak gelaran Datuk
Lama âmenghilangâ, ini keadaan terkini Sidi Oraza, ramai yang terkejut