Padam atau diambil tindakan!

Padam atau diambil tindakan!

“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya buat akaun dan cuba nak scam orang ni?”

Luah penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan menipu orang ramai.

Siti, 42, berkata, perbuatan itu antara mendatangkan fitnah terhadap diri serta reputasi yang dibawa.

“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, menipu dan memperdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita lapor akaun ini beramai-ramai.

“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula. Ini bukan sahaja mendatangkan fitnah tetapi reputasi saya juga.

“Akaun ini cuba ‘scam’ orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut. Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terpedaya dengan scammer seperti ini,” katanya.

Siti dengan tegas meminta pihak berkeaan untuk memadam akaun itu sebelum sebarang tindakan tegas diambil.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpedaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu¬†@ctdk, tidak ada akaun lain,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran lain di Instagram, Siti berkongsi masih terdapat pihak yang ‘menyamar’ dengan menggunakan gambarnya dalam urusan perniagaan.

“Apabila saya muat naik mengenai akaun ‘scammer’, rupanya banyak lagi yang gunakan gambar saya dan jadikan akaun untuk bisnes lain pula.

“Saya memang tidak ada masalah nak sokong perniagaan sesiapa saja dan saya tahu dalam keadaan sekarang semua orang terjejas tetapi jika salah guna, menipu dan juga gunakan pula gambar saya, ini perbuatan yang tidak betul.

“Janganlah berniaga dengan memperdaya orang. Carilah keberkatan di dalam apa jua yang kita buat. Tolong jangan terpedaya dan sila lapor akaun yang guna nama saya,” katanya.

Siti menjelaskan dia hanya mempunyai akaun rasmi seperti @ctdk (IG), Siti Nurhaliza (Facebook page), @CTNurhaliza11 (Twitter), @officialsimplysiti dan @beausitiofficial (akaun perniagaan).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/667629/padam-atau-diambil-tindakan

COMMENTS