Pakej ransangan ekonomi RM50 bilion sia-sia?

Pakej ransangan ekonomi RM50 bilion sia-sia?

Ini kali kedua aku tulis Pakej Prihatin yang dibentang PM tebuk atap adalah sia sia.. Bila membaca berita lebih 2 ribu lagi pekerja Malindo diberhentikan Kerja setelah beribu pekerja Air Asia dan MAS ini tanda jelas kegagalan Kerajaan PN dan PM tebuk atap..

Ini baru sektor Penerbangan, agaknya bagaimana dengan sektor hiliran yang ada kaitan dengan mereka.. apapun asas kepada kegagalan ini seperti yang aku tulis seawal mac dulu.. Ianya tidak bersasar.. Bantuan diagihkan semborono.. Seperti Ali Baba yang tabur duit bila jumpa harta karun di dalam gua…

Bayangkan Sudah lah Pakej pertama yang melibatkan suntikan Fiskal RM 45 Billion tidak bersasar.. Bantuan kali kedua berjumlah RM 10 Billion, PM tebuk atap ulang kesilapan yang sama..hanya semata mata mengejar kemenangan PRN Sabah.. agaknya takda sorang pun dalam PN ada kemampuan berfikir..

Bayangkan bantuan BPN pada fasa pertama saja sudah melibatkan kos kewangan lebih RM 12 Billion.. dan RM 10 Billion dalam pakej bantuan Prihatin 2.0.. lebih malang tidak ada tumpuan yang bersasar seperti mereka yang kehilangan Pekerjaan mahupun yang bekerja sendiri..

Lebih teruk, kakitangan awam dan Pekerja GLC dan Swasta yang masuk dalam kategori M40 dapat berpendapatan tetap.. Mereka tetap layak terima BPN.. Ini sudah menghilangkan hak mereka yang betul2 Layak seperti Penjaja pasar malam atau mereka yang dibuang kerja..

Bayangkan kalau sejak awal, Tumpuan Pakej Prihatin dibuat lebih berhemah dan bersasar.. Dah pasti mereka yang terpaksa menganggur.. Kehilangan Pekerjaan masih dibela.. Katalah Pakej Prihatin, BPN mengecualikan kelompok M 40 dari kakitangan awam dan swasta yang berpendapatan RM 3000 keatas dikecualikan..

kemungkinan 4 Juta dari jumlah 10 Juta BPN itu tidak layak.. dah pasti rakyat kehilangan pekerjaan akan terbela.. Sebagai contoh, Dari jumlah 4 Juta yang masih terima gaji tetap RM 3 ribu keatas..Kalau peruntukan RM 5 Billion itu diagihkan kepada 450 Ribu penganggur dan mereka yang bekerja sendiri..Depa layak terima RM 1 ribu Sebulan selama 1 Tahun..

Itu sebab aku sentuh dan puji Model Singapura.. Kenapa ? Model Singapura antara yang terbaik..Bantuan mereka bersasar,.. mereka melihat kepada keperluan sektor yang benar2 terjejas…

sebagai contoh sektor Perhotelan dan Penerbangan mereka akan dibayar gantian pendapatan sebanyak 75% dari nilai gaji depa.. manakala sektor F&B sebanyak 50%.. Gantian ini dibuat pada gaji mereka dibawah SD 4600(Rm 12 ribu)… Bukan hanya pekerja, hatta Industri Penerbangan depa pun..Kerajaan depa Bailout pada waktu sukar..

Bagaimana Yang bekerja Sendiri ? INDIVIDU bekerja sendiri (SEP) yang layak, seperti pemandu teksi,Pemain muzik Jalanan, Penjaja, guru Quran, Guru Tuisyen Persendirian depa akan menerima $1,000( RM 3000 ) Selama 9 Bulan.. dan ditambah 3 Bulan lagi dalam pakej tambahan pada bulan Mei.. maknanya mereka dibantu selama setahun dengan jumlah SD 1000 setiap bulan.. ni tak termasuk bantuan baucer barang dapur dan Elektrik..

Kalau diukur dari size Pakej Prihatin, Kita dengan Singapura lebih kurang saja.. Tapi mereka jauh lebih bersasar.. Tapi nak buat macam mana.. Seperti aku tulis seawal Mac dulu.. PM dan Menteri PN tebuk atap perasan pandai.. Tujuan depa bukan nak selesai kemelut Ekonomi..Cuma nak beli hati makcik Kiah dan pakmat tempe.. Tujuan dep nak dipuji.. Nak menang Pilihanraya.. Ini sungguh tak bertanggung jawab..

Dulu bila aku sebutkan Pakej Prihatin ini sia sia.. ada ramai yang pertikai..dan hari ini kita dapat lihat bagaimana terdesaknya rakyat.. sampaikan duit simpanan sendiri pun depa nak keluarkan walaupun itu simpanan hari tua depa..

Jika sejak awal Pakej itu bersasar..Tak perlu pun rakyat keluarkan Rm 500 sebulan dari KWSP.. apalagi perlu keluarkan RM 10 ribu… Tapi itulah wajah Kerajaan dan PM tebuk atap.. Menteri ramai, Otak takda.. Macam mana PM tebuk atap gagal urus wabak Covid-10..mcm tu lah depa gagal urus Ekonomi.. Jadi apa yg diharapkan Kerajaan bani melayu Islam macam ni..Skit pun tak berguna..

Berita Penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/30423

COMMENTS