Panas!!! Ahli parlimen lobi KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan

Panas!!! Ahli parlimen lobi KJ ganti Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan

Senator DAP Liew Chin Tong hari ini mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) menukar Menteri Kesihatan Adham Baba dengan individu yang lebih layak.

“Kita tidak tahu di mana perginya menteri kesihatan dan beliau dilihat sebagai tidak layak untuk mengetuai kementerian yang paling penting ketika negara sedang memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Liew secara khusus menyebut nama penasihat kesihatan perdana menteri, Jemilah Mahmood dan Khairy Jamaluddin yang kini menjawat jawatan menteri sains, teknologi dan inovasi.

“Sekiranya ia memerlukan lantikan politik daripada Umno, demi mengelakkan masalah politik, sekurang-kurangnya Khairy Jamaluddin nampak jauh lebih berkebolehan daripada Adham Baba.

“Secara peribadi, saya meminta perdana menteri untuk melantik Khairy sebagai menteri kesihatan.

“Jika kerajaan hanya memberi Khairy portfolio imunisasi tanpa sokongan penuh daripada birokrasi Kementerian Kesihatan, ia seolah-olah mahu melihat beliau gagal,” katanya.

Dia merujuk pelantikan Khairy sebagai menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, semalam.

Tak adil serah semua pada DG Hisham

Dia menyifatkan tindakan menyerahkan semua tugas, termasuk membuat keputusan dasar, kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah sebagai tidak adil

“Tugas KP kesihatan adalah untuk memastikan pelaksanaan dasar kementerian, iaitu dasar yang telah ditentukan oleh menteri selepas rundingan bersama dengan kabinet dan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Liew, dalam sistem demokrasi berparlimen Westminster, menteri perlu menggalas tanggungjawab penuh atas segala dasar yang diputuskan.

“Kerana kepimpinan politik Adham Baba yang lemah, KP kesihatan terpaksa memikul hampir semua beban pengurusan Covid-19. Kita berterima kasih kepada Noor Hisham kerana penilaian beliau banyak membantu negara pada peringkat awalnya.

“Tetapi beberapa aspek pendekatan beliau sejak akhir-akhir ini, seperti beliau keberatan untuk menggunakan kit ujian pantas atau enggan menyaring kontak rapat tidak bergejala, secara tanpa sedar telah menyumbang kepada lonjakan bilangan kes,” katanya.

Kata Liew, sekiranya menteri berkelayakan dan berkebolehan, KP Kesihatan tidak perlu pun membuat keputusan politik dan dasar yang sukar. – MK

COMMENTS