Panas!!! Akaun Twitter MCMC digantung sementara waktu

Panas!!! Akaun Twitter MCMC digantung sementara waktu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MCMC, susulan itu, akaun Twitter rasmi suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.

Sehubungan dengan itu, MCMC berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan.

“Ia jelas bukannya dikeluarkan oleh pihak MCMC,” katanya.

Terdahulu tular di laman sosial tangkap layar mesej-mesej pelik menggunakan perkataan  kurang menyenangkan dengan menggunakan nama akaun tersebut.

Antara mesej itu berbunyi, “Line kdg kdg tak ok, pastu ok pulak ntg apa ni ci** , interaction rosak ke weh. Keli!, fu* dan pelbagai mesej jelik lain.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati,  netizen mengeluarkan komen-komen sindiran terhadap MCMC berikutan ciapan pelik tersebut.

Ini kerana, MCMC terdahulu mengeluarkan peringatan kepada pengguna media sosial untuk sentiasa menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan membuat sebarang ulasan berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat.

Menerusi kenyataan itu, MCMC berkata, pihaknya akan membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race)

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/01/12/akaun-twitter-mcmc-digantung-sementara-waktu/

COMMENTS