Panas !!! Ismail sabri beri bayangan akan lantik TPM?

Panas !!! Ismail sabri beri bayangan akan lantik TPM?

Siapa yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri terus menjadi persoalan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berteka-teki dengan pengisian jawatan itu.

Ismail Sabri ketika ditemui sempena lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di sini tidak menolak kemungkinan jawatan nombor dua itu akan diisi kelak.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila dan siapa antara yang akan dilantik mengisi jawatan berkenaan.

BACA JUGA : Ahli MPT PPBM meninggal dunia

“Pada mula-mula Tan Sri Muhyiddin Yassin (bekas Perdana Menteri) umum juga tiada (Timbalan Perdana Menteri), sama sahaja.

“Insya Allah kalau macam dulu, mula-mula tiada tetapi (selepas itu) ada. Kamu hendak siapa?,” ujarnya ketika sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera membuat lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor, di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinet baharunya yang merangkumi 31 menteri dan 38 timbalan menteri dengan sebahagiannya hanya bertukar portfolio yang disandang mereka sebelum ini.

Bagaimanapun jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diumumkan yang mecetus teka-teki dan persoalan sehingga kini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/pm-berteka-teki-siapa-timbalan-perdana-menteri/

COMMENTS