Panas !!! Mahathir mintak Najib fokus saman Tommy Thomas isu Altantuya

Panas !!! Mahathir mintak Najib fokus saman Tommy Thomas isu Altantuya

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak tidak masuk campur dalam urusannya, sebaliknya memberi tumpuan kepada kes-kes mahkamah yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu.

“Saya rasa Najib tidak payah campur tangan dengan tuduhan terhadap saya.

“Dia harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB. Dia juga perlu beri perhatian kepada saman (terhadap) bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang berkait dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu,” katanya di Facebook.

Mahathir membalas tindakan Najib mengetawakan beliau ketika mendakwa Ahli Parlimen Langkawi itu berbohong apabila menegaskan beliau tidak mencampuri urusan badan kehakiman.

Mahathir menyatakan demikian dalam wawancara khas dengan FMT baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Mahathir mengingatkan beberapa keputusan mahkamah ketika beliau perdana menteri ke 4, tidak memihak kepadanya, khususnya apabila Umno yang dipimpin beliau diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Feb 1988.

Keputusan itu dibuat selepas 11 ahli Umno menyaman parti itu pada 1987, menuntut pemilihan parti pada awal tahun sama diisytiharkan tidak mematuhi perlembagaan dan tidak sah.

Mahathir turut mengingatkan Najib mengenai kenyataan yang pernah dikeluakannya pada 1987/1988, berhubung isu “hunus keris dan mandikan keris dengan darah orang Cina”.

Najib, sebelum ini menafikan membuat kenyataan berbaur perkauman yang dirujuk oleh Mahathir itu.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/10/usah-masuk-campur-urusan-saya-fokus-tuduhan-di-mahkamah-mahathir-ingatkan-najib/

COMMENTS