Panas!!! Pembangkang kalah lagi undian buat kali ke enam

Panas!!! Pembangkang kalah lagi undian buat kali ke enam

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui undian suara.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon berkata bahawa berdasarkan peraturan mesyuarat, keputusan ahli parlimen menunjukkan lebih kepada bersetuju.

“Ahli yang berhormat, perbelanjaan RUU Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi peringkat jawatankuasa dijadikan sebahagian daripada anggaran perbelanjaan,” katanya.

Sebelum itu, sesi penggulungan dilakukan oleh Menterinya Ronald Kiandee (atas) melibatkan anggaran perbelanjaan pembangunan dan pengurusan sebanyak RM4,790,428,000 (pembangunan dan pengurusan).

Setakat ini parlimen meluluskan belanjawan untuk enam kementerian dalam undian peringkat jawatankuasa.

Ini kali pertama pembangkang bersetuju membuat pengundian belah bahagi selepas dikecam kerana membenarkan Belanjawan 2021 melepasi peringkat dasar dengan hanya undi suara.

Undian suara tidak memerlukan pengiraan undi seperti belah bahagi. Ketika dua pusingan undian belah bahagi, kesemua lapan anggota parlimen Warisan tidak hadir, didakwa tidak senang dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Pada pusingan kedua undian, keputusan setuju diturunkan jumlahnya dari 107 ke 106, selepas kesilapan memasukkan undi Anggota Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz sebagai bersetuju, sedangkan dia dia tidak hadir pada sesi itu.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/553436

COMMENTS