Panas!! Ramai yang cuba palsukan dokumen rentas negeri

Panas!! Ramai yang cuba palsukan dokumen rentas negeri

Polis akan memperketatkan pemeriksaan di lima sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung sehingga 18 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, individu yang tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri atau daerah akan diarah berpatah balik atau kompaun RM1,000 akan dikenakan.

Beliau berkata, tidak dinafikan akan ada individu yang cuba untuk merentas negeri berikutan sambutan Tahun Baru Cina pada 8 dan 9 Februari ini.

“Berikutan itu, kita akan membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap bas ekspres dan pengangkutan awam lain di sekatan Plaza Tol Alor Setar Utara untuk masuk ke Alor Setar.

“Pemeriksaan akan dilakukan terhadap penumpang bas ekspres kerana ada yang datang dari luar Kedah untuk memastikan mereka mempunyai surat kebenaran polis dan sekiranya tiada, tindakan lanjut akan dilakukan,” katanya ketika melakukan pemeriksaan di Plaza Tol Alor Setar Selatan, di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, pihaknya juga akan memastikan kesahihan surat kebenaran rentas negeri dan daerah kerana ada kemungkinan cubaan memalsukan surat lama.

Katanya, polis akan meneliti semua maklumat dilampirkan dalam surat kebenaran yang ditunjukkan individu di SJR.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/671380/jangan-cuba-palsukan-surat-kebenaran-rentas-negeri-daerah

COMMENTS