Panas !! Sekolah terbiar jadi sarang maksiat

Panas !! Sekolah terbiar jadi sarang maksiat

Bangunan sekolah yang terbiar di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Tikus, di sini, kini menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab.

Mereka dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral seperti mencuri peralatan, penyalahgunaan dadah, mabuk dan perbuatan maksiat, sehingga meresahkan penduduk berhampiran.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Aleem, 34, berkata kegiatan dilakukan membabitkan beberapa individu itu dikesan sejak sekolah berkenaan ditinggalkan kira-kira lima tahun lalu.

BACA JUGA : Selalu urus jenazah Covid-19, hari ini urus jenazah ibu sendiri

Individu itu biasanya datang pada waktu tengahari dengan menaiki motosikal sebelum kembali semula pada tengah malam.

“Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di dalam kawasan itu tetapi seringkali saya dengar bunyi ketukan dan barangan dipecahkan selain membuat bising.

“Saya dan penduduk di sini sering lihat mereka mengambil barangan seperti meja, kerusi, peralatan makmal dan lain-lain lagi dari sekolah berkenaan pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Aleem lagi, dia dan penduduk sudah beberapa kali menegur perbuatan individu berkenaan namun bimbang sekiranya mereka melakukan sesuatu yang tidak baik di kejiranan itu.

Katanya, dia juga sudah melaporkan kepada balai polis berhampiran malah pihak berkenaan juga kerap membuat rondaan di kawasan itu.

“Pagar juga sudah dipecahkan dan mereka boleh masuk sesuka hati justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat melakukan sesuatu bagi menjamin keselamatan penduduk.

“Jika dibiarkan, makin banyak ‘harta kerajaan’ dirosakkan dan penduduk juga hidup dalam keresahan,” katanya lagi.

Tinjauan mendapati, bangunan sekolah berkenaan ditumbuhi rimbunan pohon manakala pagar di pintu masuk sudah dirosakkan.

Difahamkan bangunan itu sudah tidak digunakan lagi selepas sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baharu di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Kebanyakan peralatan dalam bangunan termasuk kelas dan dewan sekolah itu sama sekali rosak manakala pada bahagian lantai pula dipenuhi serpihan kaca.

Wayar dan kabel elektrik yang berselirat di atas lantai juga dibimbangi mempunyai arus elektrik.

Sementara itu jurucakap Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang Andrew Teow Chin Siang berkata, pihaknya menerima 35 aduan penduduk berhubung perkara itu.

Katanya, penduduk mendakwa tindakan individu berkenaan semakin membimbangkan kerana mereka turut minum minuman keras sambil membuat bising.

“Penduduk juga mendakwa sudah beberapa kali melaporkan kepada wakil rakyat di sini, namun tiada tindakan diambil.

“Kita tidak mahu apabila sesuatu yang buruk berlaku, barulah hendak ambil tindakan justeru, perkara ini harus ditangani segera kerana sudah banyak harta kerajaan sudah rosak dan diambil,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747617/sekolah-terbiar-jadi-sarang-maksiat-metrotv

COMMENTS