Panas !!! SPRM tahan orang kanan ahli parlimen

Panas !!! SPRM tahan orang kanan ahli parlimen

Seorang bekas pegawai tugas-tugas khas kepada Ahli Parlimen di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan terhadap kes penyelewengan wang berjumlah RM140,600.

Sumber memaklumkan, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku antara Ogos 2019 hingga Januari 2020 dengan suspek didakwa telah menyeleweng peruntukan khas daripada Jabatan Perdana Menteri bagi sebuah kawasan Parlimen di negeri ini.

BACA JUGA : Tular video banjir gunung jerai ibarat Tsunami

“Terdapat laporan terhadap suspek yang mendakwa dia menggunakan tujuh invois palsu untuk menuntut bayaran antara RM9,500 hingga RM34,000 bagi pelbagai kerja dan pembekalan,” katanya.

Difahamkan laporan berhubung perkara itu dibuat sendiri oleh Ahli Parlimen tersebut setelah menyedari akan kejadian itu.

“Suspek yang kini bekerja sendiri akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit, namun enggan mengulas lanjut memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/19/sprm-tahan-bekas-pegawai-tugas-khas-ahli-parlimen/

COMMENTS