Panas !!! Tak kemas meja makan, denda RM900 mulai tahun depan

Panas !!! Tak kemas meja makan, denda RM900 mulai tahun depan

Bermula 1 Januari tahun depan, pelanggan di pusat makanan dan kedai kopi yang tidak membersihkan meja mereka akan didenda.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pendekatan penguatkuasaan di tempat makan berkenaan adalah sama dengan penguatkuasaan bagi perbuatan membuang sampah atas meja di pusat penjaja.

Pesalah kali pertama akan menerima amaran bertulis dan pesalah kali kedua akan dikenakan denda komposisi SG$300 (kira-kira RM928).

BACA JUGA : Tular video kereta terbakar, pemandu rentung selepas terbabit kemalangan

Pesalah berulang mungkin dihadapkan ke mahkamah.

Penguatkuasaan bagi pembuangan sampah di atas meja pusat makanan dan kedai kopi akan bermula selepas tempoh makluman dua bulan dari 1 November hingga 31 Disember nanti.

Bagaimanapun, tiada tindakan akan diambil terhadap pelanggan yang gagal untuk membersihkan meja mereka sepanjang tempoh makluman itu.

“Sepanjang tempoh makluman, duta dan pegawai jarak selamat dari Agensi Makanan Singapura (SFA) dikerahkan ke kedai kopi dan pusat makanan untuk terus mengingatkan pengendali agar memastikan pelanggan mereka memulangkan dulang kotor dan pinggan mangkuk serta membersihkan sampah mereka.

“Isyarat visual seperti poster dan kain rentang akan dipasang secara berperingkat di premis-premis ini untuk mengingatkan pelanggan supaya membersihkan meja mereka.

“Walaupun tiada penguatkuasaan akan diambil dalam tempoh ini, pelanggan diingatkan supaya mematuhi arahan sekiranya dinasihatkan,” kata NEA dalam kenyataan media.

Menurut NEA, pusat makanan dan kedai kopi sedang dalam proses menyediakan kemudahan bagi pemulangan dulang serta pinggan mangkuk.

Pengendali boleh memohon pembiayaan bersama sebanyak 50 peratus bagi pemasangan kemudahan itu, dihadkan kepada SG$2,500 (kira-kira RM7,735) untuk setiap premis, melalui Skim Sokong Meja Bersih.

Untuk memudahkan pelanggan memulangkan dulang serta pinggan mangkuk, NEA akan memperkenalkan troli dan memasang 150 rak tambahan.

Penguatkuasaan tidak akan diambil terhadap mereka yang dengan jelas tidak boleh memulangkan dulang mereka seperti orang tua yang uzur dan kanak-kanak kecil yang tidak boleh membeli serta mengangkat makanan mereka sendiri ke meja.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/08/749332/singapura-kenakan-denda-jika-tidak-bersihkan-meja-selepas-makan

COMMENTS