Panas!!! Talian telefon, Whatsapp Mahdzir Khalid digodam

Panas!!! Talian telefon, Whatsapp Mahdzir Khalid digodam

Talian telefon dan aplikasi WhatsApp anggota parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid digodam, kata pegawai khasnya Aizat Azam.

Kejadian tersebut, katanya, mula disedari sejak pukul 10 malam tadi.

“Untuk makluman, walaupun Mahdzir tidak menggunakan aplikasi WhatsApp dan mematikan telefon bimbitnya, tetapi aplikasi tersebut kelihatan sedang online – yang mana ia jelas menunjukkan ia sedang digodam oleh seseorang,” katanya.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Twitter, Aizat meminta semua pihak mengabaikan “hantaran kurang menyenangkan” daripada nombor tersebut.

 

“Segala hantaran dan maklum balas di aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon yang digunakan bekas menteri pendidikan itu bukan daripada beliau.

“Adalah dimohon tuan puan untuk mengabaikan sebarang bentuk hantaran dan maklum balas yang tidak menyenangkan,” katanya.

Jelas Aizat, pihaknya akan membuat aduan rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber:Malaysiakini

COMMENTS