Parking sembarangan, akhirnya pemandu ini dapat pengajaran

Parking sembarangan, akhirnya pemandu ini dapat pengajaran

Parking sembarangan, akhirnya pemandu ini dapat pengajaran. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna-pengguna kenderaan adalah ketiadaan tempat parking kereta,terutamanya di tempat-tempat yang sesak dan popular.

Namun itu bukanlah alasan untuk kita meletakkan kenderaan sesuka hati di mana-mana tempat. Ini kerana, kenderaan kita mungkin mengganggu atau mengacau aktiviti dan keselesaan orang lain.

Baru-baru ini, tular mengenai sebuah kereta yang diletakkan di laluan kecemasan hingga menyebabkan seorang tukang cuci di timur China berasa bengang.

Hal ini kerana kereta tersebut telah menghalangnya melakukan pekerjaan dan dia pula tidak boleh pulang sekiranya kerjanya belum habis. Kereta tersebut telah mengalang pekerja ini untuk masuk ke tempat pelupusan sampah tempat dia bekerja.

“Dia tidak boleh meninggalkan keretanya di sini. Ia menghalang laluan kecemasan.

Parking sembarangan, akhirnya pemandu ini dapat pengajaran

“Perbuatannya menyusahkan saya bekerja dan saya tidak boleh pulang selagi kerja tidak siap, tetapi bagaimana jika keretanya terus ditinggalkan di sini?” katanya.

Lagi membengangkan pekerja ini adalah dia tidak dapat menghubungi peilik kereta tersebut dan akhirnya selepas mengunggu beberapa jam, dia pun mulai hilang sabar.

Kerana berang dengan tindakan pemilik kereta tersebut, pekerja ini buat keputusan untuk memberikan ‘pengajaran’ buatnya.

Pekerja ini telah meletakkan puluhan tong sampah yang berisi bahan buangan untuk mengepung kereta tersebut dari semua sudut!

Dengan erti kata lain, pemilik kereta tersebut berkemungkinan sukar untuk mencari keretanya, malah terpaksa mengalihkan tong-tong berkenaan untuk masuk ke kereta dan membawanya pergi.

Tindakan pekerja ini. telah menjadi tular dan rata-rata netizen memuji tindakannya untuk ‘mengajar’ pemilik kenderaan terbabit.

VIDEO:

BACA:

Suami isteri terkejut jumpa syiling emas purba, ingatkan kabel bawah lantai

Akhirnya terdedah siapa suami kepada ejen kosmetik yang dilarikan

Ibu harimau terkejut disergah anjing ketika sedang ajar anak