PAS enggan ‘mufarakah’ dengan PPBM, UMNO isytihar langgar PAS

PAS enggan ‘mufarakah’ dengan PPBM, UMNO isytihar langgar PAS

PAS enggan ‘mufarakah’ dengan PPBM, UMNO isytihar langgar PAS. UMNO menyifatkan Pas telah gagal memenuhi syarat untuk membolehkan mereka meneruskan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tiga syarat yang ditetapkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih kekal.

“Kita tak ubah syarat kita iaitu tiga perkara yang presiden sebut. Bila Pas tak terima (syarat) tu, dengan sendirinya (tawaran kerjasama) gugur, itu saja.

“Kalau tak ada (kerjasama) memang maknanya akan ada pertandingan (pertembungan kerusi UMNO-Pas),”katanya ditemui selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status kerjasama UMNO-Pas termasuk isu pertembungan 27 kerusi Parlimen yang dikhuatiri Pas.

PAS enggan ‘mufarakah’ dengan PPBM, UMNO isytihar langgar PAS

UMNO menetapkan tiga syarat kepada Pas dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU15.

Tiga syarat berkenaan termasuk Pas perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu serta mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Bagaimanapun, Pas dalam kenyataan balas menetapkan pendirian untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tetap akan meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras-Melayu seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca PRU15.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan susulan status hubungan UMNO-Pas itu, kemungkinan kerjasama hanya akan wujud selepas PRU15 bagi membentuk kerajaan campuran.

UMNO mula pilih calon PRU15 Selasa

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, UMNO akan memulakan proses pemilihan calon PRU15 pada Selasa.

Beliau berkata, senarai nama calon akan dikemukakan oleh pengerusi perhubungan negeri-negeri kepada pucuk pimpinan untuk dipilih dan dimuktamadkan.

“Kita (UMNO) kalau ikut biasa yakni jika ikut Perlembagaan kita, ketua perhubungan negeri kena kemukakan kepada pucuk pimpinan. Esok kita mulakan proses,” katanya.

Pada Isnin, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju mencadangkan agar PRU15 diadakan awal bulan depan sebelum musim banjir atau musim tengkujuh.

BACA:

Viral video berbaur lucah Miss Universe Malaysia 2022

’Zahid Hamidi jangan campur urusan Bersatu’ – Pimpinan Bersatu

Ketua Bahagian Bersatu nak telanjang bogel jika parlimen bubar tahun ini