Pas mesyuarat tergempar malam ini bincang isu calon PRN Melaka

Pas mesyuarat tergempar malam ini bincang isu calon PRN Melaka

PAS akan mengadakan mesyuarat pada malam ini bagi membincangkan situasi politik Melaka dan persediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata mesyuarat tersebut akan dibuat secara maya.

“Kami buat mesyuarat secara dalam talian dan kami sentiasa bersedia dan mengamalkan norma baharu,” katanya selepas merasmikan Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) di PPR Pinggiran Bukit Jalil hari ini.

BACA JUGA : Abang kepada Perdana Menteri akan lancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat

Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Sementara itu, Seramai 2,000 asnaf telah menerima manfaat daripada Program Kasih PRIHATIN-MAIWP yang diadakan pada Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin MAIWP.

Idris Ahmad berkata inisiatif itu satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19.

BACA JUGA : Rosmah menangis ketika perbicaraan mahkamah, dakwa dianiaya

“MAIWP memperuntukkan dana RM3.5 juta bagi inisiatif strategik ini. Hasil sumbangan ini dilihat mampu menjadi pendorong dan pemangkin semangat bagi penerima sumbangan untuk mendepani cabaran Covid-19,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594364

COMMENTS