Pas ‘prepare’ kemenangan di Permatang Pauh

Pas ‘prepare’ kemenangan di Permatang Pauh

Seluruh Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Pulau Pinang khususnya Jentera PAS Parlimen Permatang Pauh telah berada dalam keadaan siap siaga untuk berhadapan PRU15 pada bila-bila masa.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Permatang Pauh, Mohtar Mohamad, berkata kesiapsiagaan jentera merangkumi semua aspek gerak kerja di semua peringkat Parlimen dan DUN walaupun PRU15 bakal berhadapan suasana norma baharu .

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya PAS peringkat Parlimen Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Markaz PAS Permatang Pauh, Samagagah di sini kelmarin.

 

Seks selepas bekerja setiap hari jika minum pil ini setiap pagi!
Bulldozer
Pelancaran ini disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS merangkap Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali yang menyaksikan kesanggupan berkorban dan kesediaan para petugas tersebut.

Beliau turut memaklumkan pengiktirafan yang diberikan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Raveendran Nair terhadap usaha dan kerja cemerlang dilakukan oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) PAS Pulau Pinang.

Dalam pertemuan pihak Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang bersama Raveendran bulan lalu telah menerima perakuan terhadap pencapaian memberangsangkan dalam mendaftarkan pengundi-pengundi baru.

“PAS dipuji oleh SPR Negeri Pulau Pinang di atas komitmen tinggi dan kesungguhan diberikan demi memastikan orang ramai menunaikan tanggungjawab mereka mendaftarkan diri sebagai pemilih,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh semua kepimpinan utama PAS Permatang Pauh dari zon Seberang Perai yang akan terlibat secara langsung dalam membantu gerak kerja pilihan raya PAS di Parlimen ini.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Permatang Pauh, Hafiz Kassim dalam ucapannya menegaskan perlunya perancangan rapi PRU15 terutama pengaruh media maya yang menuntut kepakaran setiap peringkat diperkemaskan.

“Kita mesti bekerja keras untuk menunjukkan prestasi yang baik dan meyakinkan dalam memastikan Permatang Pauh menjadi milik PAS,” seru beliau.

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/25/pas-siap-siaga-miliki-kemenangan-permatang-pauh/

COMMENTS