Pasangan didakwa hina Islam mohon sumbangan orang ramai bayar ikat jamin. Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, yang ditahan susulan persembahan komedi kontroversi di Kuala Lumpur bulan lalu memohon sumbangan awam bagi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000,
Memetik laporan Malaysiakini, Peguam R Sivaraj berkata pasangan itu terpaksa menggunakan kaedah itu kerana kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.
Sivaraj berkata setakat ini RM3,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.
“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.
“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya.
Menurut peguamnya lagi, mereka masih mencari platform yang sesuai bagi memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes selesai.
BACA:
Ketua Menteri Melaka tak kisah jika ada undi tak percaya terhadapnya
Min Malik kini pegawai tentera, pernah popular lagu Flora Cinta