Pasangan suami isteri tergamak buang ayah positif Covid-19

Pasangan suami isteri tergamak buang ayah positif Covid-19

Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak ‘membuang’ bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19.

Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB).

Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai.

PETUGAS kesihatan membantu lelaki berkenaan. FOTO Agensi

Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan.

BACA : Gadis ini dipukul sampai mati hanya kerana seluar jeans

Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan meninggalkan bapa mereka di kuil itu pada Ahad lalu.

Ketika kejadian, suami isteri itu meninggalkan lelaki berkenaan bersama beg berisi pakaian sebelum berlalu pergi menaiki kereta.

Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham diberitahu, lelaki warga emas itu dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.

Lelaki tua itu berjalan dari kuil berkenaan pada Selasa sebelum dia ditemukan terbaring di satu laluan berhampiran.

Lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen kerana dia berasal dari situ.

Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.

Ketua kampung itu berkata, anak perempuan kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan bapanya sebegitu rupa kerana turut mendedahkan individu lain dengan jangkitan Covid-19.

Dalam pada, Bernama pada Selasa melaporkan Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/736047/anak-buang-bapa-di-kuil

COMMENTS