Pegawai penjara hina banduan, Ini penjelasan jabatan penjara

Pegawai penjara hina banduan, Ini penjelasan jabatan penjara

Jabatan Penjara menjelaskan pihaknya menggunakan khidmat penghuni penjara untuk mencuci kereta orang awam dengan kadar bayaran berpatutan dan berkualiti.

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan FMT hari ini, Jabatan Penjara memaklumkan, perkhidmatan itu dibuka kepada orang awam dan penghuni penjara terlibat dilatih serta diberi kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).

“Setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan.

BACA JUGA : Hina banduan, warganet kecam pegawai penjara

“Program BKLP melibatkan penghuni penjara yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

“Kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, tular seorang penjawat awam yang dikatakan menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang penghuni penjara mencuci kereta miliknya.

Menerusi status media sosial tersebut, pegawai penjara berkenaan didakwa menyuruh tahanan membuat sesuatu untuk kepentingan peribadinya.

Menurut kenyataan itu, masyarakat atau komuniti setempat yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berhubung dengan penjara berdekatan.

“Dengan menggunakan perkhidmatan ditawarkan, ini menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila dibebaskan,” katanya.

COMMENTS