Pelajar jadi mangsa rogol bapa kandung sepanjang PKP

Pelajar jadi mangsa rogol bapa kandung sepanjang PKP

Penderitaan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung selama setahun berakhir selepas suspek berjaya ditangkap di rumahnya di daerah ini, baru-baru ini.

Penangkapan suspek yang merupakan pemandu lori berusia 42 tahun itu dilakukan pukul 7 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian rogol itu terbongkar apabila suspek bergaduh dengan isterinya dengan menyatakan telah tidur dengan anak tunggalnya berusia 15 tahun.

Katanya, ibu mangsa kemudian membawa anaknya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap pada hari sama.

BACA JUGA : Ular sawa mati telan lembu dewasa

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pukul 1 pagi pada 1 Januari dengan suspek memasuki bilik mangsa sebelum merogolnya.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, mangsa telah diugut agar tidak memaklumkan pelakuan jenayah seksual itu atau suspek akan membunuh ibunya.

Kata Shamsul Amar, ini menyebabkan mangsa berasa takut dan mendiamkan diri sehingga terus menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan ugutan dan kini direman selama tujuh hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” jelasnya

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/30/setahun-jadi-mangsa-kerakusan-bapa/

COMMENTS