Pelakon lelaki terkenal buat pengakuan ‘berani mati’, pernah curang dengan seorang wanita

Setiap kali lihat muka pelakon lelaki, Fimie Don ni, mesti akan teringat lakonannya dalam Hikayat Putra Shazlan. Siapa sangka Fimie sudahpun meningkat dewasa dan berumur 25 tahun sekarang ni. Cepat betul masa berlalu.

Apapun, media tertarik dengan pengakuan berani Fimie yang mendakwa dia pernah curang dengan bekas teman wanitanya. Wah, biasa dia tu…

Video pengakuan Fimie ini dikongsikan penyanyo wanita, Dalia Farhana selepas menanyakan soalan panas itu.

Pelakon lelaki terkenal buat pengakuan 'berani mati', pernah curang dengan seorang wanita

Fimie Don percaya orang akan curang bila rasa tidak cukup…

Bukan sahaja tak cukup dengan kasih sayang tapi tak cukup dengan diri dia, tak bersyukur.

Pernah buat silap tu dan saya sedar orang yang curang tu adalah orang yang rugi. Sesungguhnya kalau kita sayang orang yang tak sayang kita dan tinggalkan orang yang sayang kita, dia adalah orang yang rugi.

Media tabik spring dengan Fimie sebab berani mengaku silap dan cuba perbaiki kesilapan itu. Semoga jumpa pasangan yang baik dan cepat-cepat naik pelamin ok.

BACA :

‘Pesanan untuk Abang Tesla, ini bukan nak persoalkan poligami. Itu dalam Islam dibenarkan’
‘Kalau ikutkan kerja tak sampai 3 minit pun, tapi tak sangka banyak ni dia bagi’
‘Pernah tok rawat seorang pesakit yang doktor sahkan sudah meninggal dunia, jenazah bedengkur seperti orang tidur lena’