Pelakon Song Yu Jung meninggal dunia

Pelakon Song Yu Jung meninggal dunia

Pelakon Song Yu Jung meninggal dunia pada usia 26 tahun, kelmarin dan dikebumikan pada jam 12.30 tengah hari, hari ini.

Bagaimanapun, sumber daripada agensinya Sublime Artis Agency tidak mendedahkan punca kematian itu.

“Song Yu Jung meninggal dunia pada 23 Januari,” kata sumber terbabit.

Song Yu Jung memulakan karier seninya sebagai model jenama kosmetik. Pada 2013, dia kemudian membabitkan diri dalam bidang lakonan apabila membintangi drama Golden Rainbow.

Dia semakin aktif selepas itu termasuk membintangi drama Make Your Wish, School 2017 dan Dear My Name. Dia turut tampil dalam muzik video kumpulan iKON untuk lagu Goodbye Road.

Pada 2019, Song Yu Jung memutuskan untuk menandatangani kontrak sebagai artis naungan Sublime Artist Agensi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/667856/pelakon-song-yu-jung-meninggal-dunia%C2%A0

 

COMMENTS