Pelakon watak Mak Lampir meninggal dunia

Pelakon watak Mak Lampir meninggal dunia
PELAKON dari negara jiran Indonesia, Farida Pasha yang memegang watak Mak Lampir dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
“Telah pulang ke Rahmatullah Ibunda/Nenek kami tercinta Hjh Farida Pasha binti Ali Husen pada hari Sabtu, 16 Januari 2021 jam 19:35 WIB,”
“Atas segala kekhilafan beliau semasa hidupnya, kami mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya.”
“Terima kasih atas segala bentuk perhatian, dukungan dan doa yang telah disampaikan selama beliau sakit hingga saat terakhirnya,” tulis Ify Alyssa.
Nama Mak Lampir lakonan Farida terkenal di seluruh Indonesia, dan sangat dekat di kalangan peminat dari Malaysia kerana suatu masa dahulu VCD filem Mak Lampir dijual secara meluas di negara ini.
Selain itu nama ‘Mak Lampir’ turut disebut-sebut sampai ke hari ini dalam dunia politik Malaysia kerana ada salah seorang ahli politik yang juga menteri kerajaan digelar dengan panggilan “Mak Lampir”
Difahamkan watak Mak Lampir berasal dari nama lagenda popular di Indonesia, atau nama sebenarnya Siti Lampir Maimunah, yang merupakan puteri kerajaan kuno Champa sekitar tahun 1800 an.
Siti Lampir Maimunah dikatakan berguru dengan Nenek Serintil yang handal menguasai ilmu sihir dan mempunyai kesaktian luar biasa.
Semasa hayatnya Farida turut membintangi pelbagai filem dan rancangan televisyen. Antaranya, Guna-guna Istri Muda, Nenek Grondong, Gondoruwo dan lain-lain.
Di bawah ini gambar Farida Pasha tanpa solekan ‘Mak Lampir’ ketika masih aktif melakonkan watak itu.

Sumber — https://www.milosuam.net/2021/01/pelakon-watak-mak-lampir-meninggal-dunia.html#ixzz6jmOcNctC

COMMENTS