Pelanggan banding harga Mydin vs Econsave, sekali bos Mydin masuk komen

Pelanggan banding harga Mydin vs Econsave, sekali bos Mydin masuk komen. KOS untuk perbelanjaan dapur sering menjadi bualan sehingga ada yang mempersoalkan, apa boleh dibeli dengan RM50?

Disebabkan itu juga, sesetengah pihak mula menetapkan lokasi khusus untuk mereka membeli keperluan harian dan bahan mentah.

Seperti yang disuarakan Rifdi Amri, dia lebih gemar membeli belah di Econsave kerana merasakan pasaraya tersebut jauh lebih murah berbanding francais lain.

Menerusi perkongsian di Twitter, dia turut membuat perbandingan antara pembelian barang dapur di Mydin dan Econsave.

Harga barang basah dan keperluan asas yang ditawarkan di pasaraya adalah berbeza

Pelanggan banding harga Mydin vs Econsave, sekali bos Mydin masuk komen

“Saja tukar angin bulan ni, beli barang dapur dekat Mydin sebab setiap bulan memang beli dekat Econsave. Jadi konklusinya… barang di Econsave jauh lagi murah. Sekian,” ciapnya di Twitter.

Perkongsiannya itu kemudian tular dan turut dikongsikan di beberapa platform lain sehingga mendapat perhatian daripada Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Berdasarkan komen balas, beliau meminta supaya Rifdi Amri menghantar salinan resit pembelian barangan di Mydin.

Malah katanya, Mydin akan membuat perbandingan harga bagi 200 barangan asas setiap minggu dengan beberapa pasaraya terkemuka yang lain.

Komen balas yang ditinggalkan turut mendapat perhatian warganet.

Komen balas yang ditinggalkan turut mendapat perhatian warganet.

Komen balas yang ditinggalkan turut mendapat perhatian warganet.

“Minta Maaf kalau percepsi (persepsi) tuan Mydin lagi mahal. Boleh PM (mesej langsung) receipt Mydin kepada saya. Mydin akan sedaya upaya buat Mydin lagi competitive.

“Kami di Mydin akan banding harga 200 barang asas setiap minggu di Econsave/Lotus/Giant, and Mydin we feel very competitive,” katanya membalas ciapan Twitter.

Bagaimanapun Rifdi Amri berkata Ameer Ali tidak perlu meminta maaf dengan perkara tersebut sebaliknya mencadangkan agar Mydin memantau harga barang bagi beberapa segmen penting.

“Tak apa tuan, no need to mohon maaf ini cuma pandangan peribadi saya sebagai salah seorang pembeli dan pengguna sahaja.

Tip dia sebelum nak belanja search online catalog dulu… daripada situ tahu nak pergi (pasaraya) yang mana.

“Saya percaya Mydin ada team yang buat survey dan research mengenai perbandingan harga dengan pesaing lain.

“My advise cuba fokus harga dekat segmen barang mandian, barang mencuci pakaian, makanan seperti sos serta barangan asas seperti ayam,” kata Rifdi Amri.

Dalam pada itu, beberapa pelayar Twitter turut meninggalkan pandangan masing-masing.

Tidak kurang juga yang berkongsi tip untuk berbelanja agar lebih menguntungkan pengguna.

twit mydin
Warganet turut memberi pandangan masing-masing.

“Tip dia sebelum nak belanja search online catalog dulu. Contoh macam saya, area rumah ada Giant, Lotus, Maslee.

“Senaraikan barang apa nak beli, tengok barang yang kita nak beli tu ada promo atau tak. Jadi daripada situ tahu nak pergi yang mana,” kata seorang netizen.

Dalam pada itu ada juga dalam kalangan netizen yang berpandangan agar pengguna perlu merancang pembelian termasuk sentiasa peka dengan harga barang di mana-mana pasaraya.

“Ini review jujur, biasa Mydin ni aku beli barang basah je bang. Sayur-sayur banyak pilihan, bawang, cili kering biasa habis dalam RM30 sekali beli.

“Kalau barang keperluan lain macam shampoo disarankan ke Econsave.

“Mydin bagi saya ada beberapa item mahal. Sebab saya selalu survey harga Mydin, Lotus, Econsave, Lulu Market, Village Grocery, Aeon dan beberapa francais lain. Saya akan ke Mydin jika ada promosi,” kata beberapa netizen lagi.

BACA:

Gaji RM80k sehari, kerjanya hanya tukar mentol lampu

E-visa umrah : Jemaah wajib guna imbasan biometrik

Kelantan, Terengganu alami hujan berterusan bermula 7 Disember

+ posts