Pemakaian facemask akan dimansuh dalam masa terdekat?

Pemakaian facemask akan dimansuh dalam masa terdekat?. Isu berhubung pemansuhan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup telah pun dibincangkan di peringkat dalaman di Kementerian Kesihatan (KKM) dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita sudah bincang mengenainya di peringkat dalaman, pada dasarnya kita sudah tahu keputusannya, beri saya beberapa hari lagi,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional di MRANTI Park, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada Rabu, yang mengesyor kerajaan untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penggunaan pelitup muka di kawasan tertutup, susulan amalan yang semakin meningkat di negara-negara lain termasuk Singapura.

Pemakaian facemask akan dimansuh dalam masa terdekat?

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai dilaporkan berkata ini kerana jumlah kes COVID-19 negara telah mencapai tahap mendatar.

Sementara itu Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih sedang membuat penilaian mengenai tindakan United State Food and Drug Administration (US FDA) yang telah memberi kebenaran untuk pemberian suntikan penggalak (vaksin) yang menyasarkan varian Omicron BA.5.

“Kita juga ada kumpulan kerja bagi vaksin COVID-19 yang akan menilai data-data yang berkaitan di Amerika berhubung perkara ini, dan mereka akan membuat pelbagai saranan nanti. Kita tidak mahu tergesa-gesa dalam perkara ini dan membuat keputusan yang silap,” katanya.

BACA:

159,000 pekerja di Singapura bakal nikmati gaji minima RM4,500

Wanita kecewa terpaksa angkut ibu lumpuh semata-mata perbaharui kad ATM

Kerajaan Negeri umum 3 hadiah Merdeka kepada rakyat Selangor

+ posts