Pembiayaan YHS : Penjaja dan peniaga kecil layak memohon, ini caranya. Program Skim Hijrah Selangor merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan melebarkan golongan kelas pertengahan di Negeri Selangor. Hasrat ini diharapkan boleh dicapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.
Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau kini dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.
Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100,000,000.00.
SYARAT KELAYAKAN
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai program Skim Hijrah Selangor:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
- Memiliki premis perniagaan yang khusus
- Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu masa
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu isi-rumah
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu perniagaan perkongsian
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Yayasan Hijrah Selangor
Tingkat 2,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2458 / 03-5519 1692
Faks: 03-5521 2458
https://www.facebook.com/hijrahselangor
Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini
BACA:
Tindakan ibu bapa pakaikan pendakap gigi buat anak kecil dapat kecaman
Mati-mati ingat kena scam, rupanya menang sungguh Proton X50
Lepas beli rumah RM5 juta, Iqbal menghilang… Ini rupanya yang berlaku