Pemergian tokoh sejarawan negara sukar diganti

Pemergian tokoh sejarawan negara sukar diganti

Pemergian tokoh sejarawan negara, Datuk Dr. Wan Shamsuddin Mohd. Yusof pada petang tadi disifatkan sebagai kehilangan besar yang sukar dicari ganti.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Wan Shamsuddin membuktikan kesungguhan dan minat mendalam dalam bidang kaji selidik serta penghasilan artikel, jurnal serta buku-buku berkaitan sejarah Kedah yang bernilai tinggi.

“Saya atas nama peribadi dan bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga atas kembalinya tokoh besar sejarawan Kedah itu ke rahmatullah, petang tadi.

“Sesungguhnya pemergian beliau merupakan kehilangan besar yang sukar untuk dicari ganti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, legasi yang Allahyarham tinggalkan sepanjang menerajui Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK) memberi impak besar dalam penerokaan minat terhadap aktiviti sejarah dan kebudayaan masyarakat negeri ini.

“Semoga usaha bakti Allahyarham dibalas dengan sebesar-besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT,” katanya.

Dr. Wan Shamsudin, 88, meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) di sini pada pukul 6 petang.

Beliau yang merupakan Penasihat PSMCK dianugerah tokoh sejarawan negara dan menjadi Felo Persatuan Sejarah Malaysia

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/19/pemergian-tokoh-sejarawan-negara-sukar-diganti/

COMMENTS