Pemilik gerai mengeluh,ada yang “bungkus” gara-gara tiada pelanggan

Pemilik gerai mengeluh,ada yang “bungkus” gara-gara tiada pelanggan. Derita dirasai 17 peniaga kecil di kawasan Taman Botanikal, Ayer Keroh, di sini, apabila kawasan perniagaan itu kurang dikunjungi pelanggan selepas lapan tahun beroperasi.

Tinjauan mendapati hanya enam gerai menjual pelbagai kraftangan, makanan tradisional dan pakaian dengan lambang Melaka termasuk untuk kanak-kanak dan dewasa daripada 17 gerai disediakan.

Kedudukan gerai menghadap taman dan agak terlindung dan tiada tarikan lain seperti gerai makanan menyebabkan peniaga terbabit bagai menanti buah tidak gugur dalam menunggu pelanggan.

Peniaga, Norhayati Kasim, 51, berkata, biarpun aktiviti pelancongan dan perniagaan kembali rancak, peniaga di situ terus berdepan isu kekurangan pelanggan.

“Walaupun ada 17 gerai tidak semua buka kerana peniaga tidak sanggup rugi sebab tiada pengujung, jadi mereka pilih berniaga pada hari tertentu termasuk pada Jumaat hingga Ahad.

Pemilik gerai mengeluh,ada yang “bungkus” gara-gara tiada pelanggan

“Pelanggan hanya ramai hujung minggu atau hari cuti, bolehlah dapat jualan kasar dalam RM500 ke RM600. Itupun perlu bersaing dengan peniaga lain kerana produk jualan sama,” katanya.

Menurutnya, dia berniaga dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kerana ia satu-satunya punca pendapatan untuk keluarga, ansuran kereta dan rumah serta membayar bil utiliti.

“Sewa RM300 sebulan wajib kena bayar. Namun ada kala nak dapat RM20 sehari pun pun susah.

“Memang ada bas pelancong singgah di sini sebagai perhentian terakhir sebelum keluar di Plaza Tol Ayer Keroh tapi tidak tetap.

“Jadi saya berharap pihak berkenaan tambah promosi seperti pasang papan tanda supaya orang ramai tahu kewujudan gerai di sini,” katanya sambil menambah kemudahan surau tidak disediakan selain tandas jauh dari gerai,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Aishah Zainal, 39, berkata, mereka berharap ruang parkir khas di hadapan gerai bagi kemudahan pelanggan.

“Petak parkir di kawasan ini sentiasa penuh dengan kenderaan orang awam yang beriadah di taman ini.

“Bayangkan pada hujung minggu kami dapat berniaga, tapi pelanggan tidak dapat masuk dan berebut parkir dengan pengunjung taman,” katanya.

Sementara itu, masalah peniaga terbabit mendapat perhatian Timbalan Ketua Negeri Pejuang Melaka, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dan Pengerusi Persatuan Usahawan Serumpun Malaysia, Zainal Abidin Amran yang meninjau gerai berkenaan.

Menurut Sheikh Ikhzan, hasil temu bual dengan beberapa peniaga, aduan diterima seperti tiada papan tanda di jalan besar untuk mempromosikan gerai, tandas jauh dan tiada surau bagi pelanggan dan peniaga.

BACA:

Disebabkan mulut netizen,wanita bangkit dari asnaf sehingga menjadi T20

Kerajaan perkenal undang-undang baru, pekerja boleh cuti putus cinta

Kantoi rupanya orang melayu jadi agen Mossad Israel

+ posts