Pemilik Motosikal ‘Fancy’ nekad langgar Polis bila diminta ke tepi

Pemilik Motosikal ‘Fancy’ nekad langgar Polis bila diminta ke tepi

Seorang anggota polis berpangkat Koperal dilaporkan cedera parah selepas cuba mengejar seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Dinamik dalam keadaan mencurigakan di Penaga, Kepala Batas, Penang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas beberapa anggota polis yang melakukan tugasan rondaan meminta lelaki tersebut berhenti ditepi jalan selepas mendapati motosikal tersebut menggunakan nombor plat ‘fancy’ yang tidak dapat dilihat dengan jelas.

“Polis telah memperkenalkan diri, tetapi dia terus memecut motosikal sehingga memaksa anggota mengejarnya.

May be an image of motorcycle, road, street and text that says "NBE 4370"

BACA JUGA : Doktor kantoi rakam video pembantu wanita dalam tandas

“Ketika di satu simpang, suspek telah berlanggar motosikal anggota polis yang berada di sebelah kanan sebelum anggota itu terseret sejauh 20 meter dan terjatuh ke dalam longkang,” terang Noorzainy Mohd. Noor kepada media hari ini.

Tambah beliau lagi, suspek yang berusia 20-an cuba untuk melarikan diri namun berjaya diberkas di kawasan berhampiran. Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu ketika waktu itu dan tidak membawa apa-apa barang menyalahi undang-undang. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dia juga negatif dadah.

Polis berpangkat Koperal yang berusia 30 tahun itu dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan dan disahkan cedera parah apabila patah bahu kanan dan luka pada badan, manakala suspek turut mengalami calar pada badan akibat pertembungan tersebut.

Noorzainy Mohd. Noor menyatakan kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam, lapor Kosmo.

Sumber : https://www.thevocket.com/polis-cedera-parah-selepas-berlanggar-dengan-pemilik-motosikal-nombor-plat-fancy/

COMMENTS