Penampilan terkini Puteri Balqis dapat pujian ramai. Sebut saja nama pelakon Puteri Balqis, pasti ramai tahu sememangnya remaja itu mempunyai bakat lakonan yang cukup mengagumkan.
Kini semakin meningkat remaja, penampilan Puteri Balqis menjadi perhatian ramai apatah lagi kembali muncul di kaca televisyen.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang netizen di aplikasi TikTok yang memuji Puteri Balqis yang semakin cantik apabila meningkat remaja.
Tidak kurang juga ada netizen berpendapat Puteri Balqis dikatakan cantik seperti pelakon Indonesia, Vanesha Prescilla.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut melihat Puteri Balqis semakin cantik sehingga tidak mengecam pelakon itu pada awalnya.
@makmattempe What do you think about this two girl? #vaneshaprescilla #puteribalqis #lookalike #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ original sound – Makmattempeđź’Ž
BACA:
Rafizi dedah 2 keputusan ini jadi punca kelewatan kapal LCS
Menang RM11.9 juta duit nombor ekor TOTO, lelaki ini niat mahu derma