Pendakwa berjaya timbul prima facie, Bung dan isteri diarah bela diri. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada 24 Jun lalu.
Selepas meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan serta penghujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.
Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan itu.
Bung, 64, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berdepan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai suapan mendapatkan kelulusan Felcra bagi pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau dituduh menerima rasuah dari Madhi melalui Zizie, di cawangan Public Bank Taman Melawati, di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bung juga berdepan pertuduhan menerima rasuah RM337,500 dari Norhaili, atas nama Zizie bagi perkara sama dan di lokasi sama, pada 19 Jun 2015.
Zizie, 44, berdepan tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya bagi perkara sama dan di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
BACA:
Sering dilihat bersama Shuib, ini penjelasan Zara Zya