Penduduk berang isu banjir tak “settle”

Penduduk berang isu banjir tak “settle”

Penduduk berang isu banjir tak “settle”. Selepas tiga bulan kejadian banjir puing, penduduk di Kampung Iboi, di sini hanya mampu pasrah ‘menelan’ debu dan habuk daripada lori yang mengangkut keluar pasir dikorek dari Sungai Kupang di Lata Chelak.

Lata Chelak yang sebelum ini tempat perkelahan dan tumpuan orang ramai kini tidak ubah seperti kuari pasir, malah difahamkan projek itu akan mengambil masa selama dua tahun.

Tinjauan di lokasi mendapati tebing sungai penuh dengan timbunan pasir dan kerja mengorek dilaksana sejak pagi menggunakan tiga jengkaut.

Penduduk, Azlina Aziz, 47, berkata, setiap hari suaminya Nor Azizan Aziz, 50, terpaksa menyiram permukaan jalan di depan kedai makan makan bagi mengurangkan debu dan habuk daripada memasuki kedai.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Iboi, Nor Mohamad Hussain, 60, pula terkilan penduduk yang tanahnya dijadikan tapak untuk menambun pasir tidak menerima sebarang bayaran atau sewa, sedangkan syarikat mengurus mendapat keuntungan hasil jualan pasir itu.

Penduduk berang isu banjir tak “settle”

“Jika dibayar sewa tanah, bolehlah ia digunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup penduduk berkaitan kerana ada antara pemilik yang sudah tua, tidak bekerja dan hilang pendapatan akibat banjir lalu,” katanya.

Sementara itu, bagi pemilik tanah di jajaran Lata Chelak, Mahmud Rejab, 76, sedih kerana belum menerima bayaran sewa tanah selepas tiga kali perbincangan dibuat.

Katanya, dia tidak menuntut sewa yang tinggi, namun memadai untuk menyara kehidupannya dan isteri selepas mereka tidak dapat menoreh getah kerana jambatan ke kebun yang belum dibaiki.

“Sekarang saya mengharapkan duit anak-anak. Rumah saya pun sudah tidak selamat didiami dan saya terpaksa menyewa rumah lain yang sewanya dibayar Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

“Dalam keadaan sekarang saya harap ada situasi menang-menang, saya faham pasir perlu dikeluarkan dengan segera untuk mengelak banjir puing berulang tetapi pertimbangkan juga bayaran setimpal untuk tanah kami yang sedang digunakan,” katanya.

BACA:

”Jek kereta tak berfungsi”, lelaki curi ekzos maut dihempap kereta

Jam tangan saja boleh beli kereta sebiji! Jep dipuji sebab tak “showoff”

Sadis! Kerana tempat duduk,adik ditikam oleh kakaknya sendiri