Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Kehadiran seekor ular sawa batik sepanjang 4.5 meter dan berat kira-kira 100kg dikhuatiri mengancam penduduk berhampiran di sebuah Chalet di Kampung Raja Dagang di negeri Kelantan.

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

BACA JUGA : Penduduk di Indonesia terkejut ratusan burung pipit jatuh dan mati secara tiba-tiba

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tok Bali, Ibrahim Mohd Rohni, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.11 pagi memaklumkan kehadiran ular sawa dalam tayar lori terpakai di kawasan tapak pembinaan sebuah chalet di Kampung Raja Dagang.

Ular sawa itu mula-mula ditemui oleh kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembinaan di sekitar kawasan tersebut.

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Sebanyak 8 orang anggota Pasukan Bomba Dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi dan menemui ular sawa batik itu yang bersembunyi di sebuah tayar lori terpakai.

BACA JUGA : Tentera Colombia ini terkejut, temui kapal selam ditengah hutan belantara

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kita dapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 4.5 meter dan berat lebih kurang 100 kg yang berada di dalam tayar lori buruk.”

Kehadiran ular sawa itu dikhuatiri akan mengancam dan mengganggu ketenteraman penduduk dan pekerja di tempat tersebut.

BACA JUGA : Penduduk Australia terkejut muncul ikan separuh buaya separuh ikan lumba-lumba di pantai

Penduduk kg di Kelantan dikejutkan dengan penemuan ular sawa 100kg dalam tayar lori terpakai

Walaubagaimanapun, pasukan Bomba Dan Penyelamat kemudiannya berjaya menangkap ular sawa batik tersebut dalam masa lebih kurang 20 minit.

Menurut Tuan Ibrahim Mohd Rohni , ular sawa berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

BACA JUGA : Mengejutkan !! Pesawat mendarat selepas 35 tahun hilang

COMMENTS