Peneroka Felda mengeluh buah sawit busuk di pokok, tiada buruh. Kira-kira 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mengalami kerugian sebanyak RM112.635 juta sebulan ekoran buah sawit tidak dapat dituai dan ladang tidak dapat diuruskan dengan baik kerana ketiadaan buruh ladang khususnya warga asing.
Setiap peneroka mengalami kerugian RM2,000 sebulan. Keadaan itu menyebabkan buah sawit lerai dan luruh serta membusuk di pokok disebabkan jadual tuaian buah terganggu.
Menurut Ketua Kampung Felda Jengka 6, Saharuddin Lela, 64, kekurangan buruh asing menyebabkan pusingan memetik sawit hanya dapat dilakukan sekali sebulan.
Terpaksa berebut buruh tuai buah kelapa sawit. Itulah situasi semasa dihadapi peneroka Felda di sekitar Felda Wilayah Jengka yang berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerja yang kebanyakannya adalah buruh asing.
Keadaan itu menyebabkan warga peneroka berada dalam keaadaan dilema dan mengeluh apabila tidak dapat melakukan tuaian hasil mengikut jadual ditetapkan dan tidak dapat melakukan penyelenggaraan ladang dengan sistematik.
Ketua peneroka Felda Keembong Jengka 6, Saharuddin Lela, berkata, isu kekurangan tenaga kerja sudah berlanjutan sejak lebih setahun lalu menyebabkan tuaian kelapa sawit tidak dapat dilakukan mengikut jadual dua pusingan dalam sebulan.
“Ketika ini harga komoditi kelapa sawit adalah sekitar RM520 bagi satu tan metrik memang melegakan peneroka tetapi mereka menghadapi masalah pula untuk menuai buah tandan segar (BTS) dan menghantar ke kilang kerana kekurangan buruh.
Peneroka Felda mengeluh buah sawit busuk di pokok, tiada buruh
“Jika masalah buruh tidak dapat diatasi bermakna pendapatan peneroka sekadar cukup makan berikutan mereka tidak dapat memaksimumkan pengeluaran hasil kebun, jadi kerajaan diminta mengambil tindakan proaktif termasuklah membenarkan pekerja asing kembali ke Malaysia,” katanya di sinid hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Peneroka Felda Kenanga Jengka 7, Ahmad Zubir Abd. Rahim berkata, kesan kekurangan tenaga buruh di Felda semakin parah apabila ribuan pekerja asing meninggalkan sektor itu untuk pulang ke kampung ketika sempadan ditutup akibat penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Justeru katanya, kerajaan melalui agensinya seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi perlu mengambil langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengatasi isu buruh ladang yang semakin kritikal ini.
“Jika harga kelapa sawit mahal sekali pun tetapi tiada tenaga buruh untuk menuai buah kelapa sawit dan menghantar ke kilang bermakna pendapatan warga Felda masih ditakuk lama juga,” katanya.
Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Hulu Jempol, Idris Shah Musa berkata, buruh warga asing ini bukan sahaja bekerja bekerja menuai buah kelapa sawit tetapi juga menyelenggara ladang seperti membaja pokok dan melaksanakan pembasmian makhluk perosak.
Katanya, kekurangan tenaga kerja ini membuatkan pengurusan ladang terjejas seterusnya boleh membawa kepada kemerosotan hasil dalam jangka masa panjang seterusnya menjejaskan pendapatan peneroka dan hasil sawit negara.
“Jika masalah buruh tidak diatasi bermakna pendapatan peneroka sekadar cukup makan berikutan mereka tidak dapat memaksimumkan pengeluaran hasil kebun,” ujarnya
BACA:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buka pengambilan baharu 2023
Scammer kena tangkap dalam 7 hari, sekali orang dalam sendiri