Pengeluaran KWSP khas: Rupanya M40 paling banyak mohon, lelaki dedah keadaan sebenar

Pengeluaran KWSP khas: Rupanya M40 paling banyak mohon, lelaki dedah keadaan sebenar.  59% M40 MOHON RM10K EPF.
.
M40 ni pendapatan isi rumahnya: RM4,851 sebulan sehingga RM10,970

Bila kata pendapatan isi rumah. Senang cerita,kalau dah kahwin tu nilai yg aku sebut kat atas adalah combination gaji suami dan isteri.

So, M40 ni nak kata senang,tak senang. Nak kata susah,tak susah. Tapi most of the time sesak jugak lah..hahhaa😆

Kenapa sesak? Kebanyakkan M40 ni kerja as professional.

Kerja professional ni kebanyakkannya ada dibandar.

Bila dibandar. Kos hidupnya tak murah.

Org kata, “ok lah tu combine laki bini dekat RM5ribu. Nak apa lagi?”

Huhu..ada betulnya juga statement tu.Tapi tidak ok kalau hidup dibandar.

Pengeluaran KWSP khas: Rupanya M40 paling banyak mohon, lelaki dedah keadaan sebenar
.
Dah duduk di bandar,tak kan nak dok bawah jambatan? Ada family kot..Kena juga ada rumah. Nak beli rumah dibandar? Kirim salam lah..hahah..rumah PPR pun rate sewanya lebih RM1k. So,sewa nak kena bayar.

Belanja makan? Tak payah lah aku ulas benda ni. Semua tau apa yg jadi sekarang. RM50 tu..aduhai..suku trolley pun tak dapat..huhu

Dah sewa rumah nak bayar, makan pun mahal, terpaksa lah laki bini kerja.

Dah laki bini kerja. Siapa nak jaga anak?So,anak nak kena hantar pengasuh pulak. Rate pengasuh sekarang bukan main…Secara general:
Baby: RM400 sebulan

Kalau umur anak 3-5 tahun: RM350 sebulan
Kalau mak ayah kena kerja hari Ahad/PH? Duit pengasuh je boleh cecah RM40 sehari.

Rate tadika? Nak mohon tadika kemas tak layak. So, hantar tadika swasta. Tadika swasta ni..Alamak tuan…dia punya yuran pendaftaran pun macam hantar anak ke universiti. Beribu² nk kena ada duit😌

Anak dah sekolah? M40 ni nama je ada keta sendiri. Tapi tak mampu nak hantar anak hari².

Sebab apa? Sebab kena kerja di office. Office pulak jauh dari rumah. Nak lari amik hantar anak sekolah memang tak sempat..End up kena cari van sekolah pulak. Van sekolah je average RM120 sebulan.

Tu belum kira lagi nak kena bayar pinjaman pelajaran,bil api,bil air,bil telefon,tol,minyak kereta semua.

M40 ni nampak gaji je banyak. Tapi hakikatnya “sesak”.😅

So,tak heran lah aku kalau peratus ahli EPF kategori M40 yg mohon keluarkan EPF RM10k lagi tinggi dari ahli EPF kategori B40.

Kurang² boleh lah tampung apa yg tak cukup. Lagi² dah nak raya ni.

Hakikatnya begitulah..Hidup sekarang memang tak murah. Kalau tak pandai manage, mmg parah.

Fikir²kan lah..

BACA:

Syatilla Melvin bebel dalam loghat utara barulah TikTok ‘unbanned’ akaunnya

Selamba minta ‘resign’ pakai whatsapp, sekali majikan balas dengan ayat menusuk jiwa

Lelaki tarik kereta pakai mask kedai RM2 curi tumpuan, “kita pakai yang hauk punya..”

+ posts