Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula

Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula kwsp kwsp login i akaun kwsp kwsp i sinar i sinar kwsp kwsp online i citra kwsp kwsp i akaun isinar kwsp www kwsp gov my

Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula.Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM150 dalam akaun mereka.

Anda perlu tahu bahawa pengeluaran simpanan KWSP melalui Pengeluaran Khas ini perlu diganti semula. Apakah maksud mengganti semula? Baca sedikit pencerahan di bawah.

PENGGANTIAN SEMULA AMAUN PENGELUARAN KHAS KWSP
Ahli perlu menggantikan semua semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%. Ilustrasi amaun penggantian semula adalah seperti berikut:

  • Amaun Pengeluaran Khas: RM10,000
  • 20% daripada amaun pengeluaran: 20% x RM10,000: RM2,000
  • Amaun penggantian semula: RM10,000 + RM2000 = RM12,000
  • Ini bermakna, Ahli yang buat pengeluaran RM10,000 perlu ganti semula pengeluaran tersebut sebanyak RM12,000. Jika jumlah pengeluaran rendah daripada tersebut, anda boleh buat
  • pengiraan sendiri dengan menggunakan formula berikut:

Amaun Pengeluaran Khas x 20% = Amaun Penggantian Semula
Kaedah Penggantian Amaun Pengeluaran Khas KWSP
Caruman baharu yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan. Setelah penggantian semua selesai, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2)

RASIONAL PENGGANTIAN SEMULA DENGAN TAMBAHAN 20%

Anda boleh rujuk Soalan Lazim atau FAQ penuh berkenaan Pengeluaran Khas KWSP di bawah:

Pengeluaran KWSP : Tambahan 20% selepas anda keluarkan perlu diganti semula


Rasional bagi menggantikan semula amaun yang telah dikeluarkan adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

Tambahan 20% yang ditetapkan adalah berdasarkan anggaran kehilangan/ kerugian dividen (opportunity loss) ke atas jumlah pengeluaran tersebut dengan purata 5% dividen tahunan kerana ahli dijangka akan mengambil masa antara empat hingga enam tahun bagi mengembalikan amaun pengeluaran sepenuhnya.

Ini bertujuan memastikan simpanan dapat dibina semula dengan cepat dan memanfaatkan gandaan dividen, selain mengimbangi antara keperluan mendesak semasa dan simpanan masa hadapan.

Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu. Ahli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

BACA:

KWSP 10K : Pemuda kongsi ilmu “power” cara kembangkan duit

Berita baik, KWSP umum i-Lindung dan i-Sayang untuk rakyat Malaysia

RM18.1 bilion telah dikeluarkan pencarum KWSP

COMMENTS

Wordpress (0)