Penggunaan katil ICU di Kedah 105 peratus

Penggunaan katil ICU di Kedah 105 peratus

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 18,815 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,049,750 kes.

Kes di Lembah Klang menurun dengan Selangor 2,718 kes dan Kuala Lumpur 493 kes.

Sarawak terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,660 kes, Johor 2,206 kes, Sabah 1,982 kes, Pulau Pinang 1,777 kes dan Kedah 1,233 kes.

story image

BACA JUGA : Berkumpul di lokasi kemalangan, akan didenda RM 1,129

Pengunaan katil ICU di Kedah mencatatkan 105 peratus, sebanyak 104 katil.

Sementara itu, kadar penggunaan katil ICU di Kuala Lumpur pula 98 peratus, Pulau Pinang 92 peratus, Kelantan 94 peratus dan terengganu 90 peratus.

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 16 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 15 September 2021, 5pm)

Penggunaan katil Bukan ICU 71 peratus
Penggunaan katil ICU 81 peratus
2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 15 September 2021, 11:59pm)

peratus Populasi Keseluruhan – 1 dos 66.5 peratus
peratus Populasi Keseluruhan – lengkap 54.6 peratus
peratus Populasi Dewasa – 1 dos 92.5 peratus
peratus Populasi Dewasa – lengkap 76.2 peratus
3) Bilangan Kes Covid-19 Mengikut Negeri (Sehingga 16 September 2021, 12:00 Tengah Hari)

Bilangan kes baru 18,815 kes
Bilangan kes kumulatif 2,049,750 kes

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591636

COMMENTS