Pengundi bakal disogok dengan 5 janji PRU tanpa sedar, ini janjinya..

Pengundi bakal disogok dengan 5 janji PRU tanpa sedar, ini janjinya..

Pengundi bakal disogok dengan 5 janji PRU tanpa sedar, ini janjinya.. PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh kurang daripada 20 hari lagi sudah tentu menjanjikan kelainan.

Masakan tidak, keterlibatan golongan belia seawal usia 18 tahun bakal memeriahkan suasana PRU kali ini.

Menurut, QGenAnalysts, seramai 1.14 juta orang yang tergolong dalam pengundi 18 tahun layak mengundi dan ia sekali gus menjadikan jumlah pengundi bagi PRU15 kali ini seramai 21.1 juta.

Daripada jumlah itu, 1.4 juta pemilih adalah golongan baharu pada tahun ini. Pengundi belia yang berusia 18 hingga 40 tahun dianggarkan seramai 12.2 juta atau 58 peratus daripada jumlah pengundi.

Tatkala PRU15 dimeriahkan dengan pengundi muda, timbul kerisauan tentang sama ada mereka benar-benar matang atau mempunyai pengetahuan tentang pemimpin atau parti yang bakal diundi.

Pengundi bakal disogok dengan 5 janji PRU tanpa sedar, ini janjinya..

Screenshot 2022-10-26 221832

Sekiranya salah memilih, ia akan memberi kesan kepada kehidupan penduduk negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkara itu semakin kritikal sekiranya pengundi muda terpedaya dengan tawaran ‘gula-gula’ atau hadiah daripada segelintir parti politik.

Berikut penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyenaraikan beberapa tawaran yang mungkin diberi kepada golongan muda sewaktu kempen pilihan raya.

1) Perjumpaan

template (70)

Perjumpaan bersama golongan muda didakwa antara usaha menarik undi.

Ahmad Atory mendakwa, terdapat pemimpin yang menganjurkan perjumpaan bersama golongan muda, terutamanya geng motosikal yang dihadiri ribuan peserta bagi tujuan kempen dan undi pilihan raya.

“Saya yakin mereka (mat motor) akan keluar mengundi menerusi usaha yang dilakukan oleh parti-parti politik seperti BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Tiga parti ini nampak begitu bersungguh-sungguh mengadakan pertemuan dengan orang muda selain pengundi-pengundi biasa,” katanya kepada Majoriti.

2) Peranti percuma

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu, parti politik ‘memujuk’ pelajar-pelajar institut pengajian tinggi dengan pemberian peranti percuma seperti komputer riba atau tablet.

“Tapi, yang menjadi isu terdapat sesetengah pelajar menjual semula peranti tersebut kepada orang lain,” terangnya.

3) Wang politik

Balik Kampung .... Universiti Teknologi MARA (UiTM) students rushing to board the bus at their campus in Shah Alam yesterday. — KK SHAM/The Star

Pemberian duit tambang kenderaan kepada para pelajar untuk pulang mengundi disifatkan sebagai perkara biasa.

Pada masa sama, Ahmad Atory menegaskan bahawa, tidak menjadi suatu masalah jika mana-mana parti politik menawarkan duit tambang kenderaan kepada individu yang tidak berkemampuan untuk keluar mengundi.

Beliau berkata, ini termasuk pemberian wang kepada para pelajar terutamanya mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak, yang ingin pulang mengundi di kampung masing-masing.

“Itu bukan duit sogokan, sebaliknya hanya duit belanja untuk pergi mengundi.

“Tiada salahnya untuk membantu seiring dengan buah tangan. Perkara ini terjadi sejak dulu selepas merdeka,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat sesetengah parti yang memberi ‘gula-gula’ dalam bentuk wang ringgit kepada pengundi demi mendapatkan sokongan.

“Memang ada range (kadar) jumlah wang ringgit. Perkara ini berlaku ketika mereka mahu bertanding pada pilihan raya dan jawatan parti politik,” dakwanya.

4) Pemimpin pulang ke kampung

HULU LANGAT, 26 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada program gotong-royong Keluarga Malaysia di Taman Nanding hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARAHULU LANGAT, Dec 26 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob visited the flood-affected areas at the Malaysian Family 'gotong-royong' programme in Taman Nanding today.--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Kebanyakan pemimpin akan pulang ke kampung masing-masing sebelum pelaksanaan PRU15. — Gambar hiasan/Bernama

Selain itu, Ahmad Atory berkata, kebanyakan pemimpin parti akan pulang ke kampung masing-masing atau kawasan yang ingin ditandingi sebelum pelaksanaan PRU15.

Katanya, ini bertujuan melakukan kerja-kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan sesuatu kawasan.

“Masa inilah mereka akan bawa cangkul, bersihkan longkang tersumbat dan potong rumput. Ini juga satu cara untuk meningkatkan kesedaran pemuda untuk keluar bergotong-royong.

“Bukan itu sahaja, ada presiden parti membuat lawatan ke seluruh negara bagi melakukan pertemuan politik. Saya nampak orang muda datang mendengar ucapan mereka untuk menarik undi.

“Sebelum ini juga ada seorang pemimpin yang membuat perjumpaan dan mengorbankan 10 ekor lembu dan kira-kira 10,000 orang datang ke kenduri tersebut. Majlis itu juga ada cabutan bertuah yang menawarkan kereta, motosikal dan televisyen,” tambahnya.

5) Pertunjukan pentas

(STAND ALONE)Local artist DJ Ice Cream from Sibu performing at the first Borneo Music Festival Live at the Sarawak Cultural Village in Kuching on Friday (Sept 9) night. Organised by Firmament Event Studio in collaboration with More Entertainment, the festival features a line-up of local and international artists. — ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

Persembahan artis antara peranan penting dalam kempen pilihan raya.

Ujarnya, ada juga parti politik ibarat menyelam sambil minum air, yang mana mereka akan melakukan sesuatu aktiviti demi mencapai tujuan lain.

Kata Ahmad Atory, ini termasuk menganjurkan pertunjukan pentas yang melibatkan persembahan artis.

“Artis tersebut memainkan peranan secara tidak langsung. Itu satu bentuk kempen ketika hampir tiba masa pilihan raya seolah-olah ada pengaruh untuk orang ramai keluar mengundi,” katanya.

Lantaran itu, Ahmad Atory menasihatkan golongan muda supaya tidak menerima rasuah atau hadiah dengan sewenang-wenangnya, meskipun mereka kurang berkemampuan.

BACA:

Anak meninggal lepas 7 hari dilahirkan, ini luahan hati Mua Bellaz

PA Dato Vida berhenti kerja, bekas PA dedah cerita sebenar..

Dikatakan muka Jep sebiji anak tirinya, ini reaksi Jep..